Pengikut

Jumaat, 20 Julai 2012

PDRM Jagalah Negara, Bukan Umno - Idris Ahmad. MANTAN BOS JSJ WAJAR JAWAP..!!!

PDRM Jagalah Negara, Bukan Umno

Tulisan : Idris Ahmad  AJK PAS Pusat
20/7/12

Pihak PDRM Polis Diraja Malaysia (PDRM) jangan menimbulkan suasana tidak tenteram di dalam negara ini, apabila cuba mengaitkan Pas dan parti pembangkang yang lain telah diresapi oleh gerakan JI dan komunis.

Terbaru Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin berkata Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis dalam DAP.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahannya bertajuk"Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama" pada Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen anjuran Parlimen Malaysia bersama-sama Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Guru dan Majlis Belia Malaysia. 

Jika benar perkara ini kenapa polis tidak bertindak segera, sebaliknya perkara ini telah didedahkan kepada pelajar di dalam taklimat keselamatan.
Apakah ini modus operandi polis, dedah dahulu baru hendak bertindak?. Kalau perkara keselamatan negara pihak polis hendak mempolitikkan, maka amat malang negara mendapat perkhidmatan polis seperti begini. 

Mana ada di dunia ini, pihak keselamatan sebuah negara mencerita dahulu, kemudian baru bertindak. Pihak PDRM jangan memalukan negara, apabila perkara besar sudah menjadi rahsia umum. Modul mana pihak PDRM belajar, suatu perkara yang merbahaya didedahkan kepada umum terlebih dahulu.

Sampai bila negara akan selamat jika tektik heboh dahulu baru bertindak.Kenapa pihak PDRM tidak bertindak kepada keganasan yang dilakukan oleh penyokong Umno seperti keganasan di Jalan Kebun Kelang, Lembah Pantai, Imam Masjid Teras Jernang ditumbuk, serangan kepada Ambiga di Merlimau Melaka.

Apakah ini semua tidak menggugat ketenteraman awam dan merbahaya keselamatan negara. Apakah negara kita ada dua undang-undang. Jika penyokong Umno buat tak mengapa walaupun sudah dibuat laporan. Sedangkan tuduhan terhadap PR hanya andaian terus dihebah di dalam media. PDRM bertindaklah secara profesional, jagalah negara bukan jaga Umno.

......» Komen Aku: MANTAN BOS JSJ WAJAR JAWAP..!!!
Pemimpin PAS sekarang tak perlu berasa amat gusar dengan segala dakwa dan tuduhan tidak berasas dari pihak PDRM berkaitan tuduhan diatas, pemimpin PAS seperti Ust Idris memang wajar mempersoalkan tuduhan tersebut,akan tetapi aku lihat tuduhan liar sedemikian  seolah-olah memberi ruang kepada pemimpin PAS  memberi ruang pula kepada beberapa individu yang dahulunya dari PDRM menjawap tuduhan tersebut, Datuk Fauzi Shaari yang sertai PAS bukan calang-calang jawatan terakhirnya dalam PDRM,beliau BOS BESAR dalam Jabatan Siasatan Jenayah..sekarang sudah bersama perjuangan PAS,jadi tak salah dan amat tepat bagi aku orang seperti Fauzi Shaari menjawap pertuduhan ini. Apa guna belati ditangan sekiranya kuda tungangan tidak boleh bergerak..


1 ulasan: