Pengikut

Khamis, 19 Julai 2012

Tok mufti Perak teropong anak bulan tak kelihatan...Zambry pun tak pernah muncul

19 Julai 2012 ~ Pantai Pasir Panjang Segari : Ini entah kali keberapa aku luangkan masa ke pantai Pasir Panjang Segari untuk saksikan majlis tengok anak bulan ramadhan yang dilansungkan disini setiap tahun. Bukan saja tengok anak bulan ramadhan malah tengok anak bulan syawal pun dibuat disini yang pasti menjadi tumpuan kepada orang ramai dari kawasan sekitar dan penduduk setempat disini. 

Pada lewat petang tadi disini Tok Mufti Perak Tan Seri Harussani Zakaria macam biasa akan hadir dalam majlis tersebut dan ini bukanlah kali pertama atau kedua kehadiran Tok Mufti Perak kesini,boleh dikatakan beliau tak pernah mis kesini untuk majlis ini. Dalam jam lebih kurang 7:45ptg Tok Mufti Perak membuat pengumuman bahawa anak bulan ramadhan yang diteropong tidak kelihatan setelah beberapa kali diteropong oleh beliau,bermakna esok (Jumaat) tak puasalah lagi..apa pun kita kena tunggu pengistiharan dari penyimpan Mohor DiRaja katanya.

Kalau ikutkan dah anak bulan tak kelihatan maka esok tak puasa lah...tapi apa yang peliknya Zambry Kadir MB Perak tak pernah hadir dalam majlis ini walaupun sekali sepanjang majlis berlansung disini,sedangkan ini majlis besar Majlis Agama Islam bagi negeri Perak dan jarak dari Pulau Pangkor taklah jauh. Adakah tak standard bagi Zambry atau hanya majils kepartian saja yang Zambry nak datang atau Zambry takut nak datang Pasir Panjang Segari ini kerana didakwa ada isu pencerobohan tanah hutan rizab tahap 1 dilakukan kroninya sendiri yang bakal memusnahkan habitat pendaratan penyu bertelur dipantai ini? Apapun ketidak munculan Zambry Kadir dalam setiap kali majlis tengok anak bulan disini memang sudah dirasai rata-rata penduduk disini dan ada suara orang kampung disinu kata Zambry mana mau majlis keagamaan ini..dia hanya muncul kalau ada pemimpin UMNO pusat turun saja. Lihatlah gambar yg sempat dirakamkan....YB Datuk Najmudin mungkin dijadikan penganti Zambry kesini...apa mungkin Kazim pun boleh jadi ganti Zambry...hahaha

Tok mufti tiba ke Baitul hilal Segari bersama beberapa VVIP kenamaan Perak

Ceramah dan penerangan disampaikan sebelum pencerapan anak bulan  dilakukan. Ceramah ramadhan disampaikan oleh Datuk Najmudin Adun Batu Kurau

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan