Pengikut

Jumaat, 17 Ogos 2012

Janji Dicapati: ISA dah mansuhkan tapi ada 12 tahanan ISA dibebaskan dan ramai lagi didalam tahanan

ISA dah dimansuhkan kata Najib....tapi masih ada penghuni dan ada pula yang dibebaskan...hahaha...

Hari ini menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Hussien menyatakan pihak kerajaan membebaskan sejumlah 12 tahanan ISA. Sebelum itu diucapkan tahniah kepada GMI dan rakyat yang prihatin yang sentiasa mendesak kerajaan UMNO BN agar akta zalim ini ditamatkan. Tindakan kerajaan membebaskan 12 tahanan menunjukkan UMNO BN tertekan dengan desakan rakyat yang amat membenci akta zalim ini.

Hishamuddin  berkata konon-nya 12  tahanan itu merupakan kumpulan kedua  dibebaskan pada bulan ini selepas kumpulan pertama seramai tiga orang tahanan dibebaskan pada 3 Ogos lepas. Pembebasan 12 individu itu dibuat selepas kerajaan berpuas hati dan yakin kesemua mereka bukan lagi ancaman kepada keselamatan negara, katanya selepas meluangkan masa lebih satu jam melawat banduan di Penjara Sungai Buloh serta menunaikan solat Jumaat bersama mereka, di sini.

Walau bagaimana pun didakwa masih berbaki 11 warga tempatan dan 19 warga asing yang masih dalam tahanan.

Hishammuddin berkata kerajaan perlu melakukan kajian terperinci sebelum boleh memutuskan untuk diberi pembebasan.Beliau berkata beberapa perjanjian dan memorandum persefahaman berhubung nasib baki tahanan warga asing telah pun ditandatangani sebelum kata putus mengenai kedudukan mereka ditentukan kerajaan.

Pembebasan 12 individu hari ini dan tiga pada awal Ramadan menjadikan jumlah keseluruhan tahanan yang dibebaskan sejak penguatkuasaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 pada 31 Julai lepas adalah 25 orang.


1 ulasan:

  1. Ingatlah doa orang2 yang dizalimi.

    BalasPadam