Pengikut

Ahad, 12 Ogos 2012

Lebih 30 anak seni tanahair dalam proses berhijrah sertai perjuangan Islam - Yatt Hamzah

12 Ogos 2012 ~ Taman Kuning Sari Bukit Gantang : "Lebih 30 anak seni sekarang ini mendalami ilmu Islam dengan mengikuti sebuah majlis yang diberi nama Usrah Fitrah yang membariskan para ilmuwan Islam sebagai tenaga pengajar"- ujar Yatt. Kebanyakan mereka ini dalam proses penghijrah ke perjuangan Islam sebenar,maka tidak hairanlah dilihat sekarang ini fenomena para selebriti wanita memakai tudung bagi wanita menjadi tren buat masa ini, tidak kurang juga yang berani mengistiharkan bersama PAS,ujar Yatt disini.

Ucapan Yat ini berlansung dimajlis berbuka puasa bersama selebriti Yatt Hamzah atau nama sebenarnya Hayati  Hamzah yang popular sebagai pengacara dan pelakon berlansung di Taman Kuning Sari didalam Parlimen Bukit Gantang Perak atas jemputan para penduduk disini.

Majlis ringkas ini dihadiri beberapa pimpinan PAS Kawasan dan dan Cawangan,majlis ini diisi dengan tazkirah ringkas dari YDP PAS Bukit Gantang Ustaz Nordin,tahlil dan ucapan ringkas dari Yatt.

Selesai program disini ,beliau (Yatt) telah bergegas ke surau Taman Lela Kemunting atas jemputan sebuah program jemaah disana.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan