KUANTAN –Konon-nya dalam usaha menyemarakkan lagi semangat cintakan negara sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, warga Imperia Academy of Tourism dekat sini, hakikatnya inilah pembaziran yang dilakukan dibulan Syawal yang mulia.
Mereka konon berjaya menghasilkan kek Jalur Gemilang dianggap terbesar di negeri ini, semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif Imperia Academy of Tourism, Zahar Ali berkata, penyediaan kek kemerdekaan seberat 96 kilogram, 4.7 meter panjang dan 0.5 meter lebar ini sekali gus menampakkan Hari Kemerdekaan tidak diabaikan dan amat diraikan.
*Tapi tahukah mereka masih ramai rakyat dikawasan pendalaman yang hidup melarat dalam kehidupan..?? Inilah agaknya wasathiyyah Ala UMNO...
“Projek ini merupakan cadangan dan usaha pelajar sendiri yang ingin menyambutnya dalam semangat yang sedikit berbeza dan secara tidak langsung kami dapat menerapkan erti kemerdekaan.“Menariknya juga kami sudah memulakan pembuatan kek secara bergotong-royong bermula tiga hari lalu (Selasa).
**Bukankah bagus sekiranya mereka bergotong royong bantu rakyat yang memerlukan,dek kerana nak bodek mereka sanggup membazir.
“Sebanyak 40 kilogram tepung dan gula digunakan dan lebih 800 biji telur bagi menyiapkan kek Jalur Gemilang yang mengambil masa selama lebih 4 jam untuk menyempurnakan dekorasinya,” katanya kepada pemberita di Semporna Resort, semalam.
***Membazir adalah sahabat Syaitan...maka tidaklah hairan mantan PM Tun Mahatdir berkata lebih baik Syaitan yang anda kenal dari Malaikat yang anda tak kenal...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan