Pengikut

Jumaat, 31 Ogos 2012

SEJARAH 55 tahun 1 hari Merdeka Janji DiCapati: Bas Merdeka Rakyat diserang

Tak sampai 24 jam selepas bas khas yang dibiayai Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim memulakan siri menjelajah lima negeri, bas tersebut telah disimbah cat merah dan dibaling batu!Menurut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam mesej di Twitter menyatakan:

Bas Jelajah Merdeka Rakyat DiserangPada awal pagi tadi sekitar jam 5 pagi, bas Jelajah Merdeka Rakyat yang kini dalam rangka perjalanan ke Pahang, Kelantan, Kedah dan Perlis telah diserang berdekatan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan.Menurut kemaskini Twitter oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, cermin bas tersebut telah dipecahkan dan cat merah disimbah pada bas tersebut.

Insiden ini disyaki didalangi oleh samseng upahan.Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kota Bharu sebentar tadi dan pihak polis telah memberi jaminan akan menjalankan siasatan segera berhubung insiden ini.Susulan dari itu, satu sidang media khas juga akan diadakan pada jam 11 pagi ini di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.PEJABAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM




Tiada ulasan:

Catat Ulasan