Pengikut

Selasa, 25 September 2012

Awas Cikgu semua..!!! Bersalam dan duduk semeja dengan YB Nizar satu KESALAHAN

Rupa-rupanya di sisi Kementerian Pelajaran bersalaman dan duduk semeja dengan YB DS Nizar satu kesalahan.

Inilah al-kisahnya...haha...

Dilaporkan beberapa guru dan bekas pelajar telah hadir dalam majlis makan malam anjuran  Sekolah Menengah Kebangsaan Dr Burhanuddin,Taiping Perak pada ahad lalu.

Sambutan para guru amat memuaskan. "We behind U"-said teachers ...nama pun sekolah,mesti la ramai guru yang akan hadir....betoi tak..?? Hahaha....

Dalam majlis tersebut turut hadir ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato Seri Nizar Jamaluddin bersama beberapa pimpinan PAS Kawasan,DSN dan rombongan hadir sebab kerana ada membeli tiket kopun yang dikeluarkan oleh pihak sekolah bagi mengutip dana.

Dah nama pun majlis....bersua dengan rakan sahabat lama mestilah bersalam dan bertanya khabar,kita bukan negara Jepun..main tunduk-tunduk kepala kalau jumpa kawan...hahaha...

Tambahan pula jumpa dengan seorang pemimpin berjiwa rakyat yang disenangi ramai macam DSN, bukan kata para guru sekolah saja nak bersalam...pengetua sekolah pun nak bersalam dan bergambar denganya. (Gambar dibawah: DSN dalam majlis tersebut bersama pengiringnya...bukan cikgu..hehehe...)

Rasanya tak salah kalau guru yang duduk semeja dengan DSN dalam majlis tersebut,nama pun majlis anjuran sekolah tentu yang meraikanya guru juga.

TAPI yang peliknya ada guru yang dipanggil pihak Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) untuk disoalsiasat serta diberi teguran amaran setelah mendapati ada guru bersalam dan duduk semeja dengan DSN dalam majlis tersebut.

Salam dan duduk semeja dengan YB Nizar pun jadi satu kesalahan.!!?

Apa punya undang-undang ni..??

Agaknya kalau pegawai Pelajaran Daerah berjumpa YB Nizar sekalipun tak boleh salam atau duduk semeja..inilah didikan UMNO BN yang tiada adap dan sopan,seterusnya merosakan martabat perguruan dinegara ini hasil didikan UMNO BN.

Aku nampak PPD seolah-olah jadi balaci 100% kepada UMNO BN bagi menjalankan tugas memantau guru-guru yang rapat dengan pihak yang tak sokong kerajaan akan diberi amaran dan tindakan.

Ada baiknya pejabat PPD dijadikan bilik gerakan UMNO BN dan letakan semua anggota perisik dari kementerian pendidikan untuk
Skodeng cikgu-cikgu...hahaha...

Kalau cikgu tersebut pro PR... PPD sepantas kilat diambil tindakan...

TAPI kalau pro UMNO BN macam cikgu Najmy blogger Taipingmali...PPD boleh buat pekak,bisu dan tuli....hahaha...

Kesian pada cikgu-cikgu...sudahlah mereka dikenkang dari kebebasan berpolitik,nak salam dan duduk semeja dengan Wakil Rakyat dari PR pun tak boleh.

Bersabarlah cikgu-cikgu semua,insyaAllah selepas PRU 13 nanti kalau nak bersalam dan duduk semeja dengan mana-mana pemimpin pun boleh,sebab Pakatan Rakyat memerintah semua hak kita akan hormati,bukan seperti UMNO BN yang semakin sasau dan sewel dalam mentadbir negara.


1 ulasan:

  1. ya ka? aku x kenai langsung Nizar meroyan ni sebelum 2008. Dia sapa?

    BalasPadam