Pengikut

Selasa, 25 September 2012

Kajian menunjukan Najib semakin kecut,gerun,risau dan keluh kesah

Menjelang PRU 13SHAH ALAM - Peratusan jangkaan Barisan Nasional (BN) akan menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) merosot berbanding awal tahun, demikian menurut hasil kajian terbaru diumumkan hari ini.

Sebaliknya, jangkaan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan mencapai misinya menguasai Putrajaya dan menggantikan BN di pusat pula meningkat.

Peratusan pengundi yang tidak pasti berhubung soalan yang membawa kepada jangkaan itu - "dengan andaian anda tidak memihak kepada mana-mana parti politik, parti manakah yang anda jangka akan menang di peringkat nasional dalam PRU13 dan menguasai Putrajaya", mengalami penurunan daripada 30 peratus kepada 26 peratus.Kedudukan itu dilihat menggambarkan pendirian pengundi atas pagar.

Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) ini menunjukkan hanya 44 peratus mengatakan BN dijangka menang di peringkat nasional berbanding jangkaan 49 peratus Mac lalu.

Dalam pada itu, peratusan keyakinan PR akan menang meningkat daripada 21 peratus kepada 30 peratus.

Kajian perbandingan pusat ini dijalankan pada Mac-April dan September 2012. Kajian awal dijalankan antara 31 Mac dan 15 April manakala yang terbaru dari 1 hingga 16 September lalu.

** PolitikKajian: Jangkaan BN menang PRU13 susut
SINAR HARIAN 25 September 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan