Pengikut

Khamis, 13 September 2012

Ayuh..!!! Artis semua sertai Pakatan Rakyat....Puluhan ribu ringgit menanti anda

Ayuh...Awie....!!
Ayuh...Siti Nurhaliza..!!
Ayuh...Aflin Sauki..!!
Ayuh...Amy Search...!!
Ayuh...ayuh semua artis seluruh negara sertai  Pakatan Rakyat...!!!

Puluhan ribu ringgit menanti anda semua jika sertai PR dan kemudian naik pentas ceramah PR menghentam kerajaan....kah..kah..kah...

Inilah kenyataan seorang artis pro UMNO yang mendakwa ramai artis sertai Pakatan Rakyat hidup senang lenang hasil diupah PR dengan PULUHAN RIBU RINGGIT!!!

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi mendedahkan terdapat segelintir artis dibayar puluhan ribu ringgit oleh parti politik tertentu dalam usaha menghasut rakyat membenci kerajaan.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil,32, berkata, artis-artis berkenaan akan hadir dalam ceramah-ceramah anjuran parti politik berkenaan dan mereka akan diberi imbuhan yang nilainya melebihi jumlah bulanan ketika mereka aktif dalam dunia seni sebelum ini.

“Hasil maklumat yang kami peroleh, artis-artis yang cenderung kepada parti politik tertentu dengan menyertai ceramah-ceramah mendapat imbuhan berlipat ganda berbanding ketika mereka aktif dalam bidang seni.

“Jumlah pendapatan itu mencecah puluhan ribu ringgit sebulan bergantung kepada banyak mana program ceramah yang mereka sertai dalam masa sebulan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Khamis.

**"Apa lagi insan yang bergelar ARTIS..!!??

Jom ikut jejak langkah Bob Lokman,Aishah,Abby,Leman Raja Lawak,Hairie Othman dan sebagai....mereka semua memang senang sekarang,hidup mereka terjamin dibawah PR. Bukan saja senang wang ringgit malah senang hati apabila berada dijalan perjuangan Islam yang sebenar.

Rezeki Allah yang menentukan bukan ditentukan oleh UMNO BN....hahaha.... Walaupun kenyataan Zed Zaidi hanyalah berunsur kempen politik untuk UMNO semata-mata kata Hairie Othaman ketika aku hubungi sebentar tadi.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Perak Ust Akmal Kamaruddin pula mengajak Zed Zaidi dan semua rakan artis bersama Pakatan Rakyat khususnya PAS kerana akan menerima pendapatan yang lumayan,bak perpatah tak kenal maka tak cinta.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan