Pengikut

Selasa, 4 Disember 2012

Alasan tembak 21 das sebab nak hentikan kenderaan adik Aminulrasyid Kpl Jenain dibebas

Kes Aminulrasyid: Koperal Jenain bebas

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menerima rayuan Koperal Jenain Subi dan membebaskan dia daripada hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya pada September 2011 berhubung kes menembak mati remaja lelaki berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah dua tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempertimbangkan rayuannya memutuskan demikian selepas mendapati Jenain, 49, tidak mempunyai niat untuk membunuh remaja berkenaan tetapi tujuan utamanya hanya untuk menghentikan kenderaan dipandunya.

Jenain yang bertugas di Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi, 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda.Pertengahan September lalu, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid.

Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepala.Ketika menjatuhkan hukuman September 2011, Hakim Latifah Mohd Tahar memutuskan bahawa penggunaan senjata oleh Jenain, yang berakhir dengan 21 tembakan, satu tindakan keterlaluan dan tidak wajar untuk menghentikan kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid.

Latifah membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.- SinarHarian.

* Orangni: Adakah ini salah satu campurtangan kuasa atasan yang  hangat diperkatakan mantan KPN Tan Seri Musa Hassan..?

Alasan tembak 21 das tembakan menjadi penyelamat dari hukuman...

Mungkin selepas ini banyak lagi kes tembak berdas-das tembakan bakal menjadi alasan terbaik untuk dibebaskan dari hukuman....apa mungkin juga Pihak PDRM boleh guna bahan letupan (C4)  untuk digunapakai bagi tujuan  memberhentikan kenderaan yang hanya  dikenalpasti berkemungkinan penjenayah..

1 ulasan:

  1. 21 das terselamat hukuman... kalau 100 das buang kes terus kott... tapi kalau nak hentikan keta pasal tembak kepala mangsa... itu nak hentikan nyawa namanya... kan taya keta ada 4 biji dan 1 biji taya spare... pasal tak tembak taya jer waima 100 das pun... akai ada ka...

    BalasPadam