Pengikut

Isnin, 7 Januari 2013

Artis pelakon dan pelawak popular era 90an dari Bukit Gantang bersama Pakatan Rakyat

Artis yang dimaksudkan bersama Pakatan Rakyat ialah Ahmad Busu merupakan seorang pelawak dan pelakon di Malaysia yang cukup popular di era 1990an.

Ahmad Busu atau polular juga dengan watak Mat Deris ini berasal dari  kampung Temelok Trong Perak (Parlimen Bukit Gantang).

Popularitinya memuncak ketika beliau muncul serentak dalam 3 buah sitkom popular iaitu Pi Mai Pi Mai Tang Tu (PMPMTT), 2+1 dan Camni Camtu.

Namun kini, di dalam usia senja Ahmad Busu semakin kurang beraksi dalam dunia. Apatah lagi kini beliau dikatakan menderita pelbagai penyakit seperti diabetes.

Menurut sumber beliau sekarang  lebih selesa menghabiskan kebanyakan masa lapangnya di rumah bersama keluarga di Taman Sri Andalas, Kelang.

Nama Ahmad Busu sekarang kembali panas disebut-sebut kembali apabila tersiar gambar beliau bersama beberapa ahli Pakatan Rakyat negeri Selangor di sebuah laman FB.

Aku tidak menolak kemungkinan Ahmad Busu semangnya bersama dengan Pakatan Rakyat memandangkan keluarga dikampung kelahiranya juga dikatakan orang kuat PAS di DUN Trong Perak.

Aku tak kisahlah Abg Ahmad Busu tinggal dimana atau jadi pengundi di mana sekalipun, samada di Bukit Gantang Perak atau di Klang Selangor..janji sokong Pakatan Rakyat...hahaha...

Syukur...seorang demi seorang artis tanahair mulai berani dan bersemangat tampil bersama Pakatan Rakyat...

Kepada artis-artis yang masih berasa segan silu tampil kedepan menyokong PR...tak apa....Asalkan Bukan UMNO....ABU...hahaha....

Pi mai pi mai tang tu.....Pakatan Rakyat tetap dihatiku....
Ahmad Busu bersama ahli PR

2 ulasan:

  1. tadi saya jumpa dia kat Giant Segamat...pakai tingkat tapi nampak sihat...Alhamdulillah..semoga Bang Mat terus sihat dan bahagia..

    BalasPadam