PR masih dominasi kempen media sosial
3 Mei 2013 SHAH ALAM - 'Perang' Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) mungkin sedikit suram di paparan skrin komputer kita jika dibandingkan dengan hari ini.
PRU13 boleh juga kita andaikan sebagai ibu kepada segala pilihan raya dengan kempen meluas semua parti-parti politik yang bertanding, sama ada secara maya mahupun realiti.
'Perang' bukan hanya menerusi poster, bendera, manifesto, ceramah mahupun siri jelajah, namun ia ditambah baik menerusi kempen media sosial yang diperhebat dari semasa ke semasa.
Pakatan Rakyat (PR) yang boleh kita gelar sebagai perintis kepada penggunaan laman media sosial ini dilihat menggunakan sepenuhnya ruang ini pada PRU13.
Menurut Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff, kelebihan PR kerana mereka mempunyai penyokong yang sanggup melakukan kerja-kerja kempen media sosial ini secara sukarela.
"Barisan Nasional (BN) kurang individu-individu semulajadi ini.
Menurut Agus, penggunaan media sosial termasuk blog ini memberi pengaruh cukup besar kepada pengundi untuk memilih Ahad ini.
"Tetapi pengguna internet ini rata-ratanya orang yang bijak. "Maklumat yang mereka terima tidak akan diterima bulat-bulat. Mereka ini akhirnya akan menganalisis," ujar beliau.
Menurut seorang lagi penganalisis politik, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, penggunaan media sosial oleh parti-parti politik, diperhebat selepas pengumuman calon-calon yang bertanding pada Ahad ini.
"Calon-calon ini kebanyakannya menggunakan Facebook, Twitter malah mereka menghasilkan blog mereka sendiri.
"Youtube juga turut digunakan sepenuhnya oleh parti-parti politik untuk memaparkan ceramah-ceramah mereka," ujar beliau. Menyifatkan penggunakan media sosial disasarkan kepada kelompok-kelompok tertentu seperti golongan muda dan pengundi kawasan bandar, Azizuddin berkata, kempen ini memberi pengaruh cukup hebat kepada kelompok berkenaan.
"Mereka ini boleh mendapatkan maklumat dari rumah. Tetapi saya tidak setuju sekiranya calon menggunakan cara ini dan kurang bertemu rakyat. "Paling penting, rakyat mahu melihat calon. Ia mesti seimbang," ujar beliau.
Seorang lagi penganalisis politik, Profesor Dr Jayum Jawan, kedua-dua parti utama berjaya menyampaikan mesej mereka kepada pengundi dengan kempen yang dilakukan setakat ini.
"PR menggunakan sepenuhnya penggunaan media sosial ini tetapi BN juga menggunakan sepenuhnya ruang media arus perdana. "Jadi kedua-duanya berjaya menyampaikan maklumat," jelasnya.
Meskipun begitu katanya, BN sedikit terkebelakang dalam kempen media sosial ini kerana mempromosikan perkara yang sama. "Tak nampak apa lagi yang boleh diutarakan oleh BN kerana ia perkara sama," ujar Jayum. - SH
*** Orangni ucapkan syabas dan tahniah kepada semua pengamal blogger,facebooker dan penguna twitter dikalangan penyokong PR selama ini,walaupun kita tidak diupah dengan apa-apa ganjaran...niat kita hanya satu, hancurkan UMNO BN...!!! Takbir...!!! REFORMASI...!!! INIKALILAH...!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan