Pengikut

Rabu, 1 Mei 2013

Tu...dia..!!! Pegawai Pemerintah Tentera Buat Laporan Polis Sebab Dakwat Kekal SPR

KEPALA BATAS: Seorang Pegawai TUDM Mejar Zaidi Ahmad (gambar), membuat laporan polis ekoran dakwat yang dicalit dijarinya sewaktu mengundi awal semalam, hilang apabila dibasuh.

Zaidi yang bertugas sebagai Pegawai Pemerintah No 12 Skuadron Pengkalan Udara DiRaja Malaysia Butterworth, berkata, beliau terkejut apabila mendapati dakwat di jari telunjuk tangan kirinya luntur dan kemudianya hilang apabila dibasuh dengan air sabun.

Begitu juga dakwat yang dicalit pada tangan isterinya Shafinah Abdul Hamid turut luntur apabil dibasuh dengan sebuk pencuci pinggan magkuk.

Mereka membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai, Seberang Perai Utara pada pukul 10.58 pagi tadi.

Seorang lagi yang turut membuat laporan polis ekoran kejadian serupa adalah Juruteknik TUDM, Jamal Ibrahim.

"Selepas menjalankan amanah sebagai pengundi pada pukul 12.30 tengahari dan balik mencuci untuk melihat sendiri adakah dakwat tersebut kekal ataupun tidak. Dalam pukul 1.00 tengahari ianya terjawab, " katanya pada media.

** Baca lagi di http://bit.ly/ZznBZu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan