Pengikut

Rabu, 17 Julai 2013

Murid Tahun 5 Maut Dikepit Lif Perumahan Awam

KUALA LUMPUR – Seorang murid tahun lima maut selepas kepalanya tersepit di pintu lif dalam kejadian di Perumahan Awam Desa Tun Razak di sini hari ini.

Dalam kejadian 12.50 tengah hari itu Khairul Amir Azri Lani, 11, tersepit ketika cuba keluar daripada lif yang tersekat antara tingkat dua dan tiga di bangunan berkenaan.

Menurut saksi, Mohd Nor Asyriq Mohd Zafridin, 17, mangsa cuba memanjat ke tingkat tiga, namun secara tiba-tiba lif itu bergerak ke bawah menyebabkan kepalanya tersepit di pintu.
“Masa tu Amir teragak-agak cuba nak melompat keluar, bila dia cuba tiba-tiba lif bergerak,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden tersebut pada pukul 1.16 petang dan sebuah jentera dengan tujuh anggota digegaskan ke tempat kejadian.

Ketika kejadian terdapat 18 orang di dalam lif itu dan kebanyakannya adalah pelajar yang baru pulang dari sekolah, katanya. “Kesemua mangsa dapat dikeluarkan di lobi. Lif tersebut sepatutnya tidak bergerak turun dan kita percaya ada masalah teknikal pada lif itu,”katanya.

Menurutnya mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pasukan paramedik akibat kecederaan di kepala dan bahu sebelum dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan