Pengikut

Isnin, 15 Julai 2013

Pelajar digelar Pelacur oleh Guru

KUALA LUMPUR: Jabatan Pelajaran Melaka diarah supaya menyiasat punca seorang pelajar sekolah rendah dipanggil 'pelacur' oleh guru disiplinnya.
Pelajar berumur 12 tahun dari Batu Berendam itu membuat laporan polis semalam dengan mendakwa guru disiplinnya memanggilnya 'pelacur' selepas tersilap menuduhnya sebagai sebahagian daripada kumpulan yang membuat bising dan menimbulkan masalah kepada seorang guru lain.
Laporan menyebut ibu pelajar perempuan itu turut diminta oleh guru disiplin terbabit supaya memindahkan anaknya ke sekolah lain. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan