Pengikut

Selasa, 20 Ogos 2013

Artis Dapat Hadiah Politik Sebab Sokong UMNO, PR bila lagi..??

PETALING JAYA: Presiden Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi mengesahkan hasratnya untuk bertanding jawatan Exco Pergerakan Pemuda Umno pada pemilihan parti Oktober depan. 

Zed Zaidi, 33, atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil yang juga Timbalan Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian pergerakan itu berkata, dia mengambil keputusan tersebut setelah mendapat sokongan padu daripada ahli pergerakan itu seluruh negara.

“Pada asalnya saya hanya bertanya pendapat sahaja namun apabila melihat maklum balas yang menggalakkan terutamanya daripada pemuda-pemuda daripada setiap negeri, saya teruskan hasrat tersebut (bertanding).

Nampaknya pot-pet-pot-pet Zed Zaidi dok melalak sokong UMNO dah membuahkan hasil,tak sia-sia Zed Zaidi selama ini membodek UMNO....hahaha....

“Sekarang saya dalam proses kempen dan perkenalkan diri. Saya sudah pergi beberapa negeri termasuk Negeri Sembilan dan Kedah untuk berjumpa dengan pemuda-pemuda di sana,” katanya.

Kita ada di kalangan artis yang beralih dengan menyokong pihak pembangkang kerana mereka diberi peluang untuk bersuara dalam parti pembangkang tersebut,” katanya.

....tahu pun korang, selama ini hanya PR saja yang beri peluang pada artis naik pentas politik,UMNO hanya korang dapat melalak melalui NGO seperti Seniman saja..

Zed Zaidi dikatakan udah layak kerana melepasi syarat utama iaitu menjadi ahli parti lebih daripada tiga tahun yang mana saya sudah menjadi ahli sejak 2007.

Lepas ni boleh la Zed Zaidi menambah ketinggian songkoknya untuk jadi calon pada PRU14 akan datang...hehehe...

Aku dok tunggu juga artis-artis lain seperti Nabil,Aflin,Salleh Yacob dan sebagainya yang teramat pro UMNO Munafikun  masuk bertanding dalam perebutan jawatan dalam PAU akan datang.

Pendaftaran penamaan calon untuk pergerakan sayap pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri parti itu akan dilakukan pada 21 September depan.

Harap-harap juga PAS dan PKR yang ada miliki keahlian dikalangan artis dapat membuka ruang bagi memilih mereka yang bergelar artis dapat dicalonkan bertanding dalam pemilihan parti dimasa akan datang,jangan dimasa deman PRU saja para artis dalam PR dikerah bagai nak gila kehulu-kehilir...bila habis PRU dah mula dilupakan dan time pemilihan mereka terus dibuang jauh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan