Pengikut

Rabu, 28 Ogos 2013

Persiapan Perjalanan : Bendera PAS sangat penting

Hikmah Berada Dalam Jemaah PAS
Petang tadi dalam jam 4.30 kereta Wirasahabat yang baru dikenali telah rosak berhampiran R&R Bukit Gantang arah utara. Beliau bersama isteri dan 4 orang anak.

Lorong kecemasan kawasan itu terlalu sempit dan amat bahaya, hampir 30 minit tak sebuah kereta pun berhenti menolongnya.

Sewaktudiabuka bonet belakang untuk cari sesuatu, beliau terpandang payung PAS dalam bonet, lalu beliau kembangkan tepi keretanya untuk lindungi anak kecilnya dari kena panas, tanpa disedarinya selepas itu beberapa kereta jemaah telah berhenti untuk menolong dan kami berhenti untuk membantunya.

Selepas itu kebetulan sebuah kereta 4 angota Unit Amal Kedah baru balik dari program diKuala Lumpur turut berhenti tolong mengawal traffic.

Sebuah ToyotaVellfire yang dipandu oleh seorang Ustaz bersama isterinya menghulurkan bantuan menumpangkan isteri dan anak-anaknyake Nibong Tebal.

Plus Ronda menunda keretanya ke R&R Bukit Gantang dan beberapa pemudaPAS Bukit Gantang telah membantu beli barang ganti (V Belt) di Bandar Taiping.

Akhirnya pada jam 8.30pm tadi beliau yang dikenali sebagai Sidek selamat sampai kerumah.

Beliau mengucapkan terima kasih kepadasemua yang terlibat dan bantuan tenaga dan alat ganti pecuma dari Pemuda-pemuda PAS Bukit Gantang.

Dengan satu lambang kami telah berkenalan tanpa diduga. Lambang parti menyatukan kami semua.

PENGAJARAN DARI KISAH INI: Orang PAS jangan lupa bawabenderadalam kereta anda untuk waktu kecemasan

*Facebook Pas TgMalim CawBerop

Tiada ulasan:

Catat Ulasan