Pengikut

Sabtu, 31 Ogos 2013

Taiping dan Penang pusat Kongsi Gelap Terkenal

Cerita hal kegiatan kongsi gelap atau gangster,mungkin ramai yang setuju kalau dikatakan  bandar Taiping dan Pulau Pinang  macam tak boleh dipisahkan dengan kegiatan ini,sebab menurut cerita dari mulut orang-orang yang dok sekitar Taiping (Orang Lama) tahu cerita kongsi gelap.. Ini lah bandar yang menjadi ibu kepada kegiatan kongsi gelap yang ada sekarang.

Di Taiping juga pernah berlaku pergaduhan yang amat besar dan mengorbankan banyak nyawa, mayat bergelempangan dan jalan raya menjadi merah dengan darah manusia. Siri tragis berdarah ini berlaku kerana berebut kawasan,maklumlah macam Taiping dahulunya kaya dengan hasil bumi (Bijih timah)

Kongsi gelap cukup ganas dan pernah memeras ugut Sultan Perak untuk menuntut ganti rugi. Kegiatan kongsi gelap di Taiping terlibat dalam dunia perjudian, perdagangan, pelacuran dan sebagainya.


Terdapat dua puak kongsi gelap yang sangat digeruni di Taiping dan mereka adalah terdiri daripada kaum Cina dari puak Ghee  Hin yang bertapak di Taiping dan Hai San dari Pulau Pinang.

Ini lah sejarah yang berlaku lebih 150 tahun yang lalu dan peperangan tersebut dinamakan Peperangan Larut 1, 2, 3 dan 4.

Penamat kepada peperangan tersebut termetrilah satu perjanjian perdamaian yang dikenali sebagai Perjanjian Pangkor dan British dengan cara halus mula campur tangan dalam pentadbiran Perak.

Kini Taiping merupakan sebuah bandar warisan. Kegiatan kongsi gelap tetap ada tetapi dalam kelompok yang kecil.

Kepada pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah kongsi gelap, perang larut dan campur tangan British pujaan UMNO Munafikun di Perak boleh lah berkunjung ke Muzium Ngah Ibrahim di Matang Taiping untuk lihat tanda terima kasih Melayu UMNO kepada British dalam isu kongsi gelap.


Sebab itulah British dianggap hero oleh UMNO sejak dahulu hingga sekarang. UMNO dengar cakap British,UMNO ikut cakap British dan UMNO jilat bontot orang British untuk selesaikan masaalah tanahair masa dahulu. Sebab itulah di musim sambutan hari kemerdekaan ini UMNO tak pernah kutuk penjajahan British.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan