Pengikut

Rabu, 11 September 2013

Silap Siar Logo Polis Petugas RTM Dibuang Kerja

RTM PANDANG SERIUS SIAR KESILAPAN LOGO PDRM 
Kuala Lumpur, 11 Sept - Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menggantung dan menamatkan perkhidmatan individu yang terlibat dalam insiden penyiaran kesilapan logo Polis Diraja Malaysia melalui RTM semalam. 

Sambil berkata RTM memandang serius kejadian itu, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail berkata laporan polis untuk memulihkan imej Jabatan Penyiaran telah dibuat. 

"Ralat dan permohonan maaf telah disiarkan dalam Berita Nasional 12 tengah malam. 

Surat rasmi memohon maaf kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) juga telah dihantar," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau menjelaskan jawatankuasa tatatertib telah bersidang hari ini untuk meneliti tindakan lanjut yang akan dilaksanakan susulan insiden itu. 

Kenyataan dan tindakan segera yang diambil telah dimuat naik dalam laman sosial jabatan berkenaan, tambahnya. - BERNAMA
..................
Kes naya...hahaha....
Tak tahu la pula siapa individu yang digantung dan ditamatkan perkhidmatan seperti yang dimaksudkan dalam berita diatas tu.., tapi kalau dari segi ayat yang dinyatakan membawa  maksud lebih dari seorang individu dikenakan tindakan...

Itulah...RTM dok selalu sangat jadi lidah pembodek kerajaan UMNO BN, ini salah satu kesalahan atau kesilapan yang dikesan...kemungkinan banyak lagi....hahaha...
Seandai-nya tersilap siar logo UMNO cam kat atas ni...???
Mungkin dihukum tarik kerakyataan....hahaha...

1 ulasan:

  1. Sokong kalimah untuk Gereja itu kan PAS bapak?

    BalasPadam