Pengikut

Khamis, 29 Mei 2014

[ 9 Gambar ] Sultan Perak Ke-35 Di Masyhurkan -- Dengan Adil Mengikut Hukum Allah

29 May 2014, Khamis :-
Shukur Alhamdulillah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah di masyhurkan sebagai Paduka Seri Sultan Perak ke-35.  

Pengisytiharan dilakukan oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin di Balairong Seri Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak sebelum jenazah Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah dimakamkan. 

Istiadat Perlantikan dan Pengisytiharan Sultan Perak yang baru serta Istiadat Permakaman ini disiarkan secara langsung bagi tatapan seluruh rakyat Malaysia.

Berkelulusan B.A. (Hons) in Philosophy, Politics and Economics, Oxford University; Master in Public Administration dari the Kennedy School of Government, Harvard University;  Ph.D. in Political Economy and Government dari  Harvard University. 

Baginda mendirikan rumahtangga dengan Tuanku Zara Salim pada 18 Mei 2007 dan dikurniakan dengan sepasang cahayamata. Baginda sekarang berusia 58 tahun tetapi baginda kelihatan lebih muda dari usia sebenar baginda.
Tanda tanya siapakah Paduka Sultan Perak ke-35 terjawab pada hari ini.



Inilah dia keranda Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah yang diletakkan di Balairong Seri Istana Iskandariah untuk Istiadat Penghormatan Terakhir. Keranda Jenazah Almarhum Tuanku Azlan Shah yang ditutup dengan kain songket bewarna kuning telah dibawa masuk ke Balairong Seri Istana Iskandariah oleh lapan pegawai daripada pasukan Polis Diraja Malaysia dan ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia.  Keranda Jenazah Almarhum Almarhum Tuanku Azlan Shah kemudiannya diletakkan dihadapan singahsana  di atas peterana tiga anak tangga berwarna kuning diraja. Kain Putih dengan lambang diraja negeri Perak diletakkan diatas keranda Almarhum Sultan Azlan Shah.
Gambar Jenazah  Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah ketika baru tiba diIstana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada jam 20:15hrs 28 May 2014.
......................


2 Gambar Dalam Kenangan
Istiadat Perlantikan dan Pengisytiharan Almarhum Sultan Azlan Shah sebagai Sultan Perak ke-34 pada 03 Februari 1984  selepas kemangkatan Almarhum Sultan Idris Shah pada 31 Januari 1984. Istiadat berlangsung sebelum jenazah Almarhum Sultan Idris Shah di makamkan.

Alhamdulillah... 
yang lama dah kembali
yang terkini dah berjanji
yang hukum Allah akan dituruti
Ya..Allah Ya..Rabbi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan