Pengikut

Rabu, 28 Mei 2014

[ Video ] Perisytiharan Kemangkatan Paduka Seri Sultan Azlan Shah - MB Zamry kadir


Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah telah Mangkat sebentar tadi jam 13:30hrs di Institut Jantung Negara dalam usia 86 tahun. 

Baginda mangkat disisi Isteri tersayang, Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun dan Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah serta anakanda-anakanda Almarhum yang lainnya.

Pengumuman Rasmi telah dibuat oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir melalui RTM. 

Esok diistiharkan sebagai cuti umum bagi negeri Perak sempena permakaman Almarhum Tuanku Azlan. Bendera negeri Perak akan dikibarkan separuh tiang sepanjang tempoh berkabung selama 100 hari bermula hari ini manakala bendera Malaysia dikibar separuh tiang selama tujuh hari bermula hari ini. 

Semua hiburan dan keraian ditanggguhkan dalam tempoh tujuh hari.

Semuga Rohnya Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien.

Jenazah Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah akan di semayamkan di balai long Seri Istana Iskandariah Kuala Kangsar,bagi maksud penghormatan terakhir pada sebelah pagi jam 9. Oleh pembesar negeri dan orang kenamaan. 

Oleh orang ramai mulai jam 11pagi hingga 2 petang, manakala kebawah Duli Sultan-Sultan dan Raja-Raja,Pembesar Negara mulai jam 2 petang hingga 3 petang.

Jenazah Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan akan dimakamkan dimakam Di-Raja Kuala Kangsar selepas solat asar pada hari 29 mei 2014 mesihi bersamaan 29 rejab 1435 hijrah.
Dua tiga hari lepas masa susun fail dirumah terjumpa koleksi lukisan Orangni semasa zaman sekolah menengah...rupanya dalam beberapa keping gambar guna pensil yang Orangni lukkis dulu ada gambar Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan...
*Harap maaf...Mungkin tak berapa cantik lukisan tangan Orangni...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan