Pengikut

Ahad, 8 Jun 2014

GST tidak mungkin dapat dilaksanakan pada April 2015 - Pendedahan Pegawai Kastam

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih mengkaji senarai akhir barangan yang akan berkadar sifar dan dikecualikan daripada dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6%.

Walau bagaimanapun, desakan oleh beberapa ahli akademik agar kajian penuh dan fasa ujian untuk GST sebelum tarikh akhir iaitu pada April 1, 2015, kelihatan sangat tidak mungkin dapat dilaksanakan.

Penolong Pengarah Kastam, Chin Jek Bin berkata Kementerian Kewangan sedang mengkaji untuk menambah beberapa lagi item pada senarai semasa barangan dan perkhidmatan yang tidak kenakan GST.

"Kementerian akan mengkaji semula. Mungkin beberapa (akan dipinda). Tetapi tidak semua," Chin berkata kepada pemberita di Taklimat GST yang dianjurkan oleh Barisan Nasional dan beberapa badan bukan kerajaan pada Ahad.

Buat masa ini, barangan keperluan seperti makanan segar, pengangkutan awam, penjagaan kesihatan, utiliti dan yuran pendidikan umumnya berkadar sifar. Ini bermakna tiada GST akan dikenakan ke atas barangan tersebut.

Ditanya jika barangan dan perkhidmatan amnya akan lebih mahal atau lebih murah selepas GST, Chin enggan mengulas lanjut dan berkata, "Saya tidak mahu menjawab soalan itu."- Astroawani.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan