Pengikut

Khamis, 12 Jun 2014

LV Akan Jadi Kucing Di-Raja

13 Jun 2014, Khamis :-
Ini adalah kucing jantan yang diberi nama Louis Vuitton atau LV dari spesis "Maine Coon" yang bentuknya agak besar dan panjang daripada kucing biasa. LV akan menjadi Kucing Diraja apabila dia diserahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah  dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun pada hari Sabtu ini nanti. 

LV akan dipersembahkan kepada Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah sebagai cenderahati istemewa daripada Kelab Kucing Malaysia dan Perbadanan Putrajaya sewaktu Tuanku merasmikan Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2014 (FLORIA Putrajaya) pada 14 Jun 2014.
Menurut En Khalid Rashid yang merupakan Presiden Kelab Kucing Malaysia, LV dibawa masuk ke Malaysia daripada Republik Estonia pada September 2003.  LV dijaga sendiri oleh En Khalid bagi memastikan iannya sihat dan tidak berpenyakit sebelum dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Bertuah LV dapat menjadi Kucing Diraja.

Kucing ini dipanggil Maine Coon kerana iannya mula ditemui di Pantai Timur Maine, Amerika Utara manakala Coon berasal dari raccoon. Main Coon  merupakan kucing baka besar dan ada kucing jantan yang beratnya mencecah hingga 10kg. Asal usul kucing ini tidak diketahui tetapi ada cerita dongeng mengenai kehadirannya di Amerika. 

Dikatakan Queen Marie Antoinette dari Perancis dalam cubaannya melarikan diri dari hukuman bunuh telah meminta bantuan Captain Samuel Clough untuk melarikan diri menggunakan kapal layar. Baginda telah meletakkan  harta-harta baginda kedalam kapal berkenaan termasuklah kucing berbulu panjang.  

Walau bagaimanapun baginda gagal dalam cubaan melarikan diri  dan kapal berkenaan telah selamat sampai ke Wiscasset, Maine, Amerika termasuklah kucing-kucing tersebut.   Harga kucing ini agak mahal dipasaran iaitu RM1,000.00 hingga RM5,500.00 seekor.

FLORIA Putrajaya 2014 akan berlangsung mulai 14 hingga 22 Jun 2014 dan dibuka untuk kunjungan orang ramai mulai jam 09:00hrs hingga 20:30hrs dari hari Isnin hingga Khamis manakala dari hari Jumaat hingga Ahad iannya dibuka bermula jam 09:00hrs hingga jam 00:00hrs. 

Bayaran RM3.00 untuk orang dewasa dan RM1.00 bagi kanak-kanak manakala bagi murid  atau pelajar yang memakai pakaian seragan sekolah, masuk adalah percuma. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan