Kalau tiada angin bertiup mana mungkin
pokok mahu bergoyang. Itu pribahasa dulu-dulu. Sekarang ni yang patut dipakai
dalam pribahasa politik ialah “Kalau tiada Jebon mana mungkin ayam riuh rendah
dalam reban”.
Terkini terdengar konon-nya Tuan Guru Hadi Awang
(TGHA) dipujuk rayu oleh rakan-rakan supaya lepaskan jawatan Presiden PAS.
Siapakah rakan-rakan yang dimaksudkan pun tak
dinyatakan..bukanlah misteri sangat sebenarnya. Di Yakini memang tiada yang pergi memujuk atau menyatakan hasrat untuk presiden letak jawatan pun,inilah kerja saraf yang Orangni yakin kerja Jebon ( Korang faham sendiri
apa dia tu Jebon).
Dalam artikel tu dinyatakan yang TGHA
dipujuk supaya undur dari jawatan Presiden dangan alas an konon-nya masaalah
kesihatan,masaalah tak hadir meeting PR dan konon-nya TGHA tiada kesabaran
dengan karenah dalam PR.
Orangni yakin…ini semua kerja Jebon dan
Abg Non Ketum dalam mengatur agenda supaya Jebon dapat bersama PR dengan mengharapkan
PAS keluar dari PR dengan sendirinya.
Siri-siri ini berterusan dengan
macam-macam episop yang mengelirukan penyokong PR sendiri.
Alasan masaalah kesihatan TGHA kena
undur dari jawatan Presiden?
Adakah wajar TGHA undur dengan alasan
tak cerdik ini..?? Sedangkan Abg Non Ketum pun ada masaalah kesihatan sejak
kena lokap dahulu…Konon sakit tulang belakang dan sakit bahagian leher…adakah Abg Non
Ketum berlakon..?? Hahaha… korang fikir sendiri…
Alasan TGHA tak hadir meeting PR kena
undur dari jawatan Presiden..?
Adakah yang bertahaluf siyasi itu pada
Presiden atau parti..?? Apakah dengan mewakili pimpinan lain yang juga
tertinggi seperti Abg Mat tidak memadai..?? Apakah PR itu satu kumpulan gangster..tak hadir meeting kena tindakan..?? Ada dalam buku mana-mana perlembagaan PR ke..??
Alasan TGHA tak sabar dalam karenah PR
pun kena undur dari jawatan PR..??
Masih ingat dengan Langkah Kajang..??
Siapa yang tak sabar memaksa seorang ADUN letak jawatan kemudian siapa yang
mula-mula kata tak nak bertanding kemudian nak pula bertanding dan kemudian tak
boleh bertanding sebab masaalah tidak layak sebab kes mahkamah…sehinggalah
terjadinya isu MB Selangor. Ini masaalah PR atau masaalah parti Abg Non
Ketum..?? (Seandainya benar TGHA tak sabar dengan karenah PR,Ya.. aku sokong
TGHA kena tunjuk juga sedikit ketidakpuasan hati dalam karenah Abg Non ketum
and the geng…)
Tak hairanlah kini digerakan NGO Jebon yang terdiri
dari ahli PAS yang ada masaalah dan jadilah PASMA…hahaha… ( Suara JEBON sila klik SINI )
Satu persoalan Orangni ialah siapa penganti
TGHA sekiranya beliau berundur dari jawatan tersebut..??
Sila bagi tau siapa pengantinya…??
Ahli parti kena tahu..sebab ini jawatan
tertinggi parti.. Jika sealiran atau setaraf Abg Non ketum…lebih baik tak perlu
dan wajar tidak disokong sebab PAS bukan parti berlandaskan perjuangan kekecewaan
individu dalam mengejar jawatan PM.
Orangni nak sentuh sikit pasal ISU TAHALUF SIYASI PAS dengan PKR dan
DAP bermula tahun 2008 tak salah sebab masa itu ijtihad ulama' PAS ialah perlu
bagi mengekang mudharat yang dibawa umno / BN.
Namun dalam apa-apa keadaan,
ijtihad boleh berubah mengikut suasana berubah.
Kini Orangni mendapati
seolah-olah mudharat bersama PKR dan DAP lebih besar dari kebaikan jika
berpisah dari PKR dan DAP.
Sebenarnya samada PAS bersama PKR dan DAP ianya
sudah tidak lagi merupakan faktor untuk menjatuhkan dan menumbangkan BN.
Ini adalah kerana sekiranya PAS masih
lagi bersama bersama PKR dan DAP, yang dihentam PKR dan DAP bukannya UMNO dan
BN tetapi yang dihentamnya adalah PAS. Jadi boleh jatuhkah UMNOBN dengan cara
menghentam PAS? boleh tumbangkah UMNOBN dengan cara menghentam PAS?
Tak sihat,tak sabar karenah Abg Non
Ketum dan tak hadir meeting PR kena undur jawatan Parti… Inilah cadangan,pendapat
dan rancangan gila dan zalim dari puak Jebon dan Abg Non Ketum the geng…
Untuk pengetahuan...Orangni masih sihat
tapi hilang sabar dengan karenah PR dan tak
pernah hadir meeting PR pun..bukan sebab tak suka PR tapi tak berkenan dengan ketamakan
nafsu politik Abg Non Ketum yang semakin mengila…sewajarnya Abg Non Ketum lah undur dari segala hal dalam politik....hahaha…
*** Orangni yakin ramai penyokong Abg Non Ketum tak senang,tak setuju,tak suka atau sama maksud dengannya....tapi aku kisah jika kamu sendiri cari susah...??? Hahaha....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan