Pengikut

Jumaat, 14 November 2014

Video Feri penumpang terbakar di Jeti Pulau Pangkor

Sebuah feri penumpang Pulau Pangkor-Lumut terbakar di sebelah Jeti Pangkor petang tadi ketika sedang berlabuh.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Yahya Madis berkata, tiada penumpang di dalam feri itu ketika kejadian.

Beliau berkata, 60 peratus daripada feri itu terbakar melibatkan bilik jurumudi hingga kerusi penumpang bahagian dalam dan luar.

Pihaknya yang menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.46 petang dapat memadam sepenuhnya kebakaran pada pukul 4.35 petang.

Punca kejadian masih disiasat. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan