Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Dato Zahir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dato Zahir. Papar semua catatan

Isnin, 1 April 2013

Gempar..!!! YB Zahir Dedah Siapa Blogger "Taiping Mali"

Menghadiri kenduri anakanda Cikgu Najmi (blogger "Taiping Mali") di Kg Expo Kamunting, Sabtu 30 Mac 2013
Tahniah dan terima kasih YB Zahir ADUN Kemunting kerana mendedahkan dan mengesah siapa sebenarnya pemilik blog "Taiping Mali" didalam Facebooknya yang selama ini menghentam.memfitnah,memaki hamun Ulama terutamnya yang berada dalam PAS.

Walaupun selama ini ramai tertanya-tanya siapa gerangan "Taiping Mali" yang sebenarnya, maka kali ini YB Zahir sendiri mendedahkan bahawa Cikgu Najmi adalah admin blog tersebut.

Terima Kasih YB Zahir ADUN Kemunting...
..............................

Jumaat, 29 Mac 2013

Malang Seorang Timbalan Menteri Bodoh Tak Tahu Harga Santan


"Saya nak bagi tahu kepada abang-abang dan kakak-kakak, jangan ingat kami hanya duduk dalam bilik aircond di Putrajaya, tak buat apa-apa. Saya sendiri turun ke padang masuk pasar. Baru ni saya masuk pasar Taiping, tuan-tuan tahu tak santan sekarang dah harga RM12 sekilo?.Harga naik jadi RM12 kerana kita terpaksa import kelapa dari luar. Ahli parlimen sekarang (Nga Kor Meng) tak tahu pun semua ni. Dia mana ambik peduli pasal rakyat .... bla...bla...bla" - Sebahagian ucapan Menteri Nyonya dari Gerakan yang sekarang dilihat memperkuda UMNO Taiping. Selain dari itu Tan Lian Hoe juga cuba manupulasikan kenaikan harga ikan disebabkan oleh faktor cuaca.

Begitulah ucapan seorang Timbalan Menteri yang bernama Tan Lian Hoe yang tak cerdik dihadapan lebih kurang 40 orang penduduk semasa berkempen untuk mempromosikan dirinya untuk menjadi calon Parlimen Taiping di Dewan orang Ramai, Kg. Pinang Seberang Kamunting pada jam 3.30 petang, 23 Mac 2013 yang lalu. 

Bodoh punya Tim. Menteri...nak kelentong rakyat tapi menyerlahkan sikapnya yang hanya pandai cakap kosong dan penipu.....

Oooiii nyonya Gerakan..harga santan kat mana lu tengok sampai RM12 sekilo..?? Setahunya harga santan (Air) sekarang hanya didalam RM6 ke RM7 saja, mana datang RM12..?? Agaknya nyonya Gerakan ni beli santan dari kedai dari penyokong UMNO BN Taiping kot....hahaha....

Majlis kononnya anjuran Kementerian Perdagangan Koperasi Pengguna di haram jadahkan atas Tajuk Sembang2 Pengguna ialah ADUN Kamunting ialah YB Zahir yang menjadi kuda tunggangan Nyonya Gerakan ini. 

Sungguh malang program bertopengkan konon-nya dari sebuah kementerian di pekudakan oleh Nyonya Gerakan untuk tujuan politik.
Nyonya Gerakan memperkuda program kerajaan untuk tujuan politik
Kelihatan YB Zahir diperkuda Nyonya Gerakan
Program KPDNKK digunakan untuk tujuan politik...boloh punya nyonya Gerakan..!!!!

Kesian...Pak Cik dan Mak Cik dalam 40 orang dikelentong Nyonya Gerakan
..............................


Ahad, 10 Mac 2013

Meletop..!!! Veteran UMNO Boikot Pelancaran Jentera PRU UMNO Kemunting

9 Mac 2013: Kemunting Taiping, sewaktu azan isyak berkumandang di Masjid Kemunting, tak jauh dari Masjid tesebut  berlangsung Majlis UMNO Kemunting rancak menyanyikan lagu " Anak Kecil Main Taik" konon-nya Majlis Pelancaran Jentera Haprak Pilihanraya Bagi N16 DUN Kemunting.

Biasa la majlis UMNO, Aturcaranya penuh dengan menyanyi kalau ada peluang mungkin tarian bogel pun boleh dibuatnya.

Ini adalah aturcara majlis UMNO Kemunting yang didedahkan oleh ssyyyy.......

  1. Ketibaan Zahir Banner dan Shalimin Chivas
  2. Nyanyi lagu "Anak Kecil Main Taik"
  3. Nyanyi lagu "UMNO Haprak"
  4. Ucapan Zahir Banner
  5. Ucapan Shalimin Chivas
  6. Majlis Bersurai 
Majlis ini hanya berlangsung dalam beberapa minit sahaja,ibarat melepas batuk kering ditangga yang mereput...hahaha....

Paling tragisnya ialah UMNO Kemunting menerima tamparan dan tendangan maut dari ahli veteran UMNO Kemunting yang memboikot dari menghadiri majlis ini,hanya beberapa orang yang hadir dan selebihnya ialah golongan muda-mudi yang terpaksa diupah oleh YB Zahir.

Kebanyakan anak muda yang diupah untuk berkonvoi banyak menganggu lalulintas pada malam tersebut di-import dari luar kawasan Taiping dengan sejumlah upah yang disediakan UMNO Taiping.

Orangni malas nak ulas cerita tentang ucapan Zahir dan Shalimin dalam majlis ini,sebab kedua-dua ucapan mereka macam menyanyi berduet saja...hahaha... Sama saja nada dan lirik mereka, siapa tiru siapa itu yang menjadi tanda tanya..hahaha....

UMNO Kemunting nampak macam bersemangat nak berhadapan dengan PRU-13 tapi masih bergelumang dengan pergolakan isu calon yang masih belum selesai. Zahir pun nak bertanding dan Shalimin pun nak bertanding serta bertambah kritikal apabila golongan veteran UMNO Taiping menolak kedua-dua calon yang pelahap ini.

Amat menyedihkan Presiden UMNO Najib sendiri masih belum ada berani mau bubar Parlimen..hahaha...
Tiada Semangat BN: Majlis Pelancaran Jentera PRU UMNO..tapi tiada bendera Keris Telanjang pun...hehehe...
Zahir Tiba di Pentas menunggu Shalimin yang lewat tiba

Berdiri: Acara wajib dalam UMNO...menyanyi..menyanyi dan menyanyi...

Apabila duduk...baru nampak banyak kerusi kosong...hahaha....


Rabu, 6 Mac 2013

Dewan Di Ceroboh dan Jalur Gemilang Di Terbalikan

Dewan Orang Ramai Kg Expo Kemunting Taiping jadi mangsa UMNO Chivas..!!
Petang semalam dapat tengok Jalur Gemilang di Malangkan oleh UMNO Chivas12 Kemunting...

Sudah la Dewan Orang Ramai diceroboh untu dipergunakan secara haram untuk tujuan politik bahlol UMNO di Kemunting Taiping...Bendera Malaysia pun dipasang terbalik, apa punya biol puak UMNO Chivas12 Kemunting..!!!


ADUN Kemunting YB Zahir tak boleh disalahkan...sebab dia ni YB untuk tujuan koperat saja...urusan bisnes boleh jumpa YB Zahir,kalau isu pasang bendera terbalik...sorry..!!! YB Zahir bo..layan..


Tapi....kenapa  Cikgu Najmi B Awang tak ajar cara-cara yang betoi pasang bendera....???

Psss....mungkin Cikgu Najmi B Awang sibuk dengan blog-nya TaipingMali TaipingMalu....mana ada masa nak ajar walaupun kejadian pasang bendera terbalik ni tak jauh dari rumahnya...hahaha.....

Kalaulah kat pejabat kepunyaan PAS,PKR atau DAP pasang bendera terbalik.....mau jadi sewel UMNO Taiping mainkan isu ini...hahaha....


Khamis, 7 Februari 2013

YB Zahir diboikot ahli UMNO sendiri kalau bertanding...?

Panas...!!! Panas...!!! Panas...!!! 

Walaupun kat Taiping ni sentiasa hujan,rupanya cuaca panas didalam UMNO Bahagian Taiping.

Menurut sumber mengatakan YB Dato Zahir (ADUN Kemunting) bakal diboikot oleh orang UMNO sendiri berikutan TERBONGKAR suatu kisah yang tidak dijangka-jangka dilakukan oleh seorang ADUN.

Ada yang mengatakan YB Kemunting terlibat dalam kerja melibatkan tempat judi kuda. Perkara ini tidak dapat disahkan benar atau tidak,tapi perkara ini telah kecoh didalam UMNO Taiping.

Khabarnya  penyokong UMNO Taiping akan memboikot tidak akan  mengundi calon UMNO DUN Kemunting jika di letakan YB Zahir bertanding. Sebaliknya penyokong UMNO akan memilih calon lawan (PAS) sebagai memprotes.
Zambry naik kereta sepanjang majlis diTaiping dengan Shalimin
Patutlah Shalimin sangat intim dengan Zambry...rupanya Zahir bakal dicantas
Zambry dan Shalimin tersenggeh...kat belakangya Zahir yang bermuram..





Selasa, 30 Oktober 2012

PANAS..!!!! UMNO Taiping sah bergolak Zahir dan Shalimin dijadikan korban vateran UMNO


Sah…sah…sah….

Taiping Aman Jaya:Bukti dari Blog UMNO Taiping yang mendedahkan kepincangan dalaman UMNO

UMNO Taiping memang sah bergolak dasyat sekarang ini…

Sila baca artikal dibawah ini (Warna merah) yang dipostingkan oleh sebuah blog bernama “Taiping Aman Jaya”yang dipercayai dari blogger UMNO sendiri,aku yakin ini tulisan blogger UMNO yang popular di Taiping…mungkin juga Taipingmali…hehehe…sebab blog ni cam baru je…

Blog ini di create seolah-olah untuk menegur dalaman UMNO tapi hakikatnya mendedahkan pergolakan dalaman UMNO Taiping.


Bukan sekadar jamuan dan korban, agenda agenda lain termasuklah mengutuk mengata mencaci KBU Taiping yang sedia ada, dengan bangga dan mendabik dada kononnya dialah yang paling cerdik dalam semua AJK sedia ada. Agenda lain termasuklah memberi segala maklumat dalaman mesyuarat AJK U bahagian, kepada mantan, perancangan perancangan untuk mensabotaj U turut dibincangkan pada waktu yang sama.

antara topiknya ialah 101cara mengalahkan B/U di pru nanti yang dikelolakan sendiri oleh sang mantan, seronok tak terkiralah penyokong penyokong sang mantan yang masih bertongkat kuku.
dan topik lain di aidil adha ialah cara cara mengorbankan KB dan KP, haru sungguh dah tua kutuk tak sadar diri, untuk KB  sila pantau dan jangan percaya the red dotted names! Untuk Pusat, sekarang masanya untuk mencegah, mencegah lebih baik dari mengubati....

** KB= Ketua Bahagian *** KP= Ketua Pemuda

Yang bestnya kat bawah posting ni ada ayat gertak “p.s. kami ada video tau “….hahaha… tak payah dedah pun ramai dah tahu keadaan dalaman UMNO Taiping sekarang ibarat tongkang pecah berada ditengah laut yang sedang dilanda ribut taufan.

 Dato' Dr Abdul Malek Md Hanafiah
Mantan KBU Taiping
Majlis jamuan Aidiladha yang berlansung dirumah Mantan Ketua Bahagian UMNO Taiping ,Dato Dr Abdul Malek Md Hanafiah ini dilaporan menjadi medan untuk menyembelih career politik Datuk Shalimin dan Dato Zahir. Mereka dikatakan sedang merancang untuk menjatuhkan UMNO Taiping sekiranya Shalimin dan Zahir masih bertahta dalam jawatan ataupun calon dalam PRU akan datang.

Shalimin syok sendiri

Khabarnya ini perancangan dari ahli-ahli vetaren UMNO Taiping ini berlaku kerana dikatakan dah amat-amat meluat sangat dengan sikap dan perangai  Ketua Bahagian UMNO Taiping sekarang (KB) Datuk Hj Shalimin..entah apa sebabnya aku pun tak tahu,yang aku tahu baru-baru Shalimin rasmi majlis arak kat Taiping [ Klik Sini ]. 

YB Zahir YB Banner
Begitu juga dengan Ketua Pemuda UMNO Taiping (KP) Dato Mohd Zahir yang juga ADUN Kemunting yang dikhabarkan semakin lemah syawat dalam berpolitik di Taiping, ada sumber mengatakan Zahir ni takut bini…hehehe…pergerakan politiknya jadi terbatas kerana di remote control oleh bininya. Ada juga sumber mengatakan Zahir ni semakin kurang dana pulus dalam menyantuni rakyat,khabarnya nak laksanakan bantuan kepada rakyat pun terpaksa meminjam sana sini.

Patutlah otai-otai UMNO Taiping (Vateran) fedup dengan kedua-dua mereka ni...sorang syok sendiri dengan jawatan Setpol MB dan sorang lagi syok dengan status YB Banner tepi jalan,dengan poket kosong...habuk pun tarak.

Apapun sekarang UMNO di Perak khususnya di Taiping semakin dalam keadaan kritikal bergolak…jentera parti dah tak kuat..agenda sulit dalaman 24jam berlaku, jatuh menjatuhkan dah jadi tradisi turun temurun. 

Rakyat mana sanggup memilih lagi pemimpin dikalangan UMNO lagi..??? rasanya yang tinggal hanya sorang dua je macam Cikgu Najmy si TaipingMali….hehehe…

Jamuan sambutan aidil adha di rumah mantan Ketua Bahagian Taiping, ohh ramailah lah yang datang termasuklah yang dah ditandakan merah pada list yang diatas.
bertanda merah didakwa geng kuat mantan KBU Taiping.
Orgni: Terima kasih kat blogger UMNO yang dedah mendedahkan semua ini....
Terima kasih Taiping mali...
Lain kali dedah lagi...
hehehe.....