Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Lahad Datu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lahad Datu. Papar semua catatan

Khamis, 7 Mac 2013

Najib Di Malukan Tentera Di Sabah

TUNGKU (Lahad Datu) 7 Mac 2013 - Lawatan  Najib Tun Razak ke Komtek Sahabat 16 Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini hari ini konon-nya untuk membakar semangat kepada anggota tentera yang berjuang dalam Operasi Daulat menentang penceroboh dari Selatan Filipina.

Terkonyong-konyong Najib bergaya lagak macam "Wira" tapi lengok gaya-nya  tak ubah hanya bermotifkan politik UMNO BN. 

Syabas kepada anggota tentera yang berkhidmat,berjuang dan berkorban untuk tanahair ini bukan kerana mempertahankan atau menyokong semangat politik yang dibawa oleh Najib ini.

Najib dimalukan oleh sekumpulan anggota tentera yang dikatakan bergambar dengan-nya, Najib macam biasa la..kalau nampak saja kamera nak ambil gambar,pasti isyarat 1Malaysia akan di gayakanya dengan penuh bangga. 

Malang bagi Najib hanya 3 anggota tentera saja yang mengayakan isyarat 1Malaysia bersama Najib...yang lain hanya angkat penumbuk mungkin dah biasa dengan laungan "TAKBIR..!!!" dan "Reformasi..!!!" selebihnya angkat senjata tanda semangat petriotik dan kebanyakan yang lain hanya buat don't now saja...hehehe....
Klik imej untuk lebih jelas
.Orangni: Najib ke Sabah untuk tujuan Politik bukan kerana Petriotik
Tanya sama Najib..
Apa sebab goyang
Nanti jawap Najib..
Undi pos dah hilang...
hahaha...


Rabu, 6 Mac 2013

Panas dan Pelik..!!! Video PDRM Tidak Mengari (handcuffs) Penceroboh Tersebar

Teramat pelik dan menghairankan apabila melihat sebuah klip video 1:06 yang dimuat naik dilaman Youtube oleh Harian Merto berkaitan Operasi polis di Kampung Airport Semporna Sabah.

Dalam klip video ini memaparkan beberapa anggota keselamatan dari PDRM yang dikatakan memberkas militan penceroboh yang menjadi isu hangat di Sabah sekarang ini.

Apa kejadahnya militan penceroboh itu hanya diiring oleh beberapa anggota PDRM bersenjata tapi tangan tidak di pasangkan gari (Handcuffs)..??? 

Apakah ini tindakan yang betul dan suatu tindakan terdesak kerana kekurangan gari dalam logistik PDRM..?? 

Apa yang mengecewakan apabila dilihat militan penceroboh seperti dipaksa berlakon seperti tangan digari disilangkan di belakang. Malangnya aksi ini kantoi dengan rakaman klip video tersebut.

Orangni bukan mempertikaikan atau memperlekehkan kebolehan dan pengorbanan yang diberi oleh anggota keselamatan yang bertugas di lokasi, cuma dalam aspek keselamatan istilah "Tiada Kompromi" harus di laksanakan secara total dalam keadaan seperti di sabah sekarang.

Tidak bolehkah digunakan sebarang tali atau tali sling senjata untuk mengantikan gari..??? Atau ada agenda lain yang tersembunyi.....

Kelihatan anggota Keselamatan dalam Ops Kg Airport
Diberkas: Lelaki berbaju putih tangan dibelakang di-iringi anggota Keselamatan
Tangan seperti di gari....
Sebenarnya.....sekadar lakonan, kenapa jadi begini...???
Saksikan militan penceroboh tidak di gari.....
......................................
Tangan Suspek "Pengganas" Tidak Bergari...!!!
Gari tiada..??? atau ada Skrip...???
Sandiwara atau Skripwara...????

Selasa, 5 Mac 2013

Isu Lahad Datu: Tuduhan Sandiwara Kerajaan Keji Atau Sandiwara Rosmah yang Keji ?

Tuduhan Peristiwa Di Lahad Datu Sandiwara Kerajaan Perbuatan Keji

Salah satu kenyataan yang mengatakan kejadian di Lahad Datu "Drama"
KUALA LUMPUR - Perbuatan menuduh peristiwa pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara kerajaan adalah perbuatan yang cukup keji, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.   

Beliau yang sedih kejadian pencerobohan itu telah mengakibatkan lapan anggota keselamatan terkorban, berkata manusia yang tergamak berkata sedemikian adalah mereka yang tidak mempunyai perasaan dan tidak berhati perut.

"Apabila ada kumpulan yang menceroboh bumi Malaysia di Sabah, gugurnya perwira-perwira, kehilangan nyawa, yang paling sedih dan yang menyayat hati saya apabila saya terpaksa pergi ke lapangan terbang untuk menerima jenazah wira-wira negara.- SinarHarian Online.
.............................................
Rosmah Mansor  Berkepit Dengan Najib Ketika Ziarah Perwira Negara Yang Gugur Di Lahad Datu,Sabah dengan rambut terjojol juga perbuatan keji..!!!!
Rosmah sempat berkepit-kepit dengan Najib dikala jenazah salah seorang perwira diusung keluar dari pesawat TUDM...sungguh keji..!!!!

Malas mau komen...lihat gaya Rosmah..Keji tak..???
Orangni: Mengenai tududan sesetangah pihak mengatakan konon-nya yang berlaku di Lahad Datu adalah sandiwara Kerajaan masih dalam perdebatan hangat dan masih dalam penyelidikan awal, benar atau sandiwara rakyat perlu tahu kerana konflik ini telah mengorbankan 8 anggota selama ini.

Akan tetapi perkara-perkara yang boleh di klafikasikan "KEJI" di mata umat Islam tanahair ini dalam siri tragis Lahad Datu ini sebenarnya seperti sudah pun berlaku...

Lihat dan perhatiakan gambar-gambar yang tersebar memaparkan DS Rosmah ketika konon-nya menyambut dan memberi penghormatan terakhir kepada salah satu Jenazah wira yang gugur di Lahad Datu dengan rambut terjojol.

Dimana adap seorang wanita Islam bagi seorang isteri PM dikala menziarahi kematian orang islam..?? 

Mohon pencerahan daripada  Ustaz,Tok Mufti dan Para Ulama UMNO jawapan...Keji atau tidak aksi Isteri seorang PM dengan rambut terjojol dan terburai..?

Sumber berkaitan : Klik Sini


Sabtu, 2 Mac 2013

2 Ziarah Yang Berbeza keatas Perwira Negara Yang Gugur Di Lahat Datu Sabah

  • Ziarah 1

Tuanku Hajah Haminah Ziarahi Keluarga Perwira Negara Yang Gugur Di Lahad Datu,Sabah

Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun (Gambar Di-atas) telah berkenan menziarahi keluarga Allahyarham Inspektor Zulkifli bin Mamat dan Allahyarham Koperal Sabaruddin bin Daud yang telah gugur dalam mempertahankan kedaulatan negara di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 01 Mac 2013. 

Tuanku Hajah Haminah telah berangkat ke Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang untuk menziarahi dua keluarga terbabit disamping menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga mangsa. Kedua-dua  kaum keluarga Perwira Negara berkenaan berada di Pengkalan TUDM Subang untuk mengunggu ketibaan jenazah yang diterbangkan dari Sabah untuk dikebumikan di kampung halaman masing-masing.  

Kelihatan Tuanku memegang pipi anak  Allahyarham Inspektor Zulkifli sambil diperhatikan oleh isteri Allahyarham, Nor Aziah Nor (27 tahun) yang sedang duduk diatas kerusi roda dan sedang mengandung anak ketiga.

  • Ziarah 2

Rosmah Mansor  Berkepit Dengan Najib Ketika Ziarah Perwira Negara Yang Gugur Di Lahad Datu,Sabah dengan rambut terjojol
Rosmah sempat berkepit-kepit dengan Najib dikala jenazah salah seorang perwira diusung keluar dari pesawat TUDM.
Malas mau komen...lihat gaya Rosmah..
Orangni: Dimana adap seorang wanita Islam bagi seorang isteri PM dikala menziarahi kematian..?? Mohon pencerahan dari  Ustaz,Tok Mufti dan Para Ulama UMNO jawap...