Pengikut

Memaparkan catatan dengan label ATM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ATM. Papar semua catatan

Khamis, 7 Mac 2013

Najib Di Malukan Tentera Di Sabah

TUNGKU (Lahad Datu) 7 Mac 2013 - Lawatan  Najib Tun Razak ke Komtek Sahabat 16 Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini hari ini konon-nya untuk membakar semangat kepada anggota tentera yang berjuang dalam Operasi Daulat menentang penceroboh dari Selatan Filipina.

Terkonyong-konyong Najib bergaya lagak macam "Wira" tapi lengok gaya-nya  tak ubah hanya bermotifkan politik UMNO BN. 

Syabas kepada anggota tentera yang berkhidmat,berjuang dan berkorban untuk tanahair ini bukan kerana mempertahankan atau menyokong semangat politik yang dibawa oleh Najib ini.

Najib dimalukan oleh sekumpulan anggota tentera yang dikatakan bergambar dengan-nya, Najib macam biasa la..kalau nampak saja kamera nak ambil gambar,pasti isyarat 1Malaysia akan di gayakanya dengan penuh bangga. 

Malang bagi Najib hanya 3 anggota tentera saja yang mengayakan isyarat 1Malaysia bersama Najib...yang lain hanya angkat penumbuk mungkin dah biasa dengan laungan "TAKBIR..!!!" dan "Reformasi..!!!" selebihnya angkat senjata tanda semangat petriotik dan kebanyakan yang lain hanya buat don't now saja...hehehe....
Klik imej untuk lebih jelas
.Orangni: Najib ke Sabah untuk tujuan Politik bukan kerana Petriotik
Tanya sama Najib..
Apa sebab goyang
Nanti jawap Najib..
Undi pos dah hilang...
hahaha...


Sabtu, 20 Oktober 2012

Penyokong bola sepak ATM belot dikesan..?


Sebelum itu aku secara peribadi mengucapkan syabas kepada pasukan bola sepak KELANTAN yang membuktikan kehebatan sebagai gergasi Pantai Timur apabila mencatat kejuaraan treble musim ini dengan merangkul Piala Malaysia 2012 setelah menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 di Stadium Shah Alam, malam ini.
Sebelum ini, Kelantan menjuarai Liga Super dan Piala FA.
Tahniah juga kepada pasukan ATM yang berjaya ke perlawan akhir.
Aku ni berkecuali dalam perlawanan Kelantan dan ATM,sebab negeri aku tak berjaya masuk perlawanan separuh akhir pun.... Perak...hehehe.....
Sudah adat permaian tentu ada yang juara dan ada yang tewas diakhir perlawanan,penyokong yang setia akan sentiasa bersama pasukanya, baik kalah atau menang...itulah semangat kesukanan.
Dengar khabarnya berpuluh kenderaan truck 3 Ton,bas,Landrover 1.10 dan sebagainya dari pasukan,unit,batalion dan skudron disediakan untuk membawa anggota ATM ke stadium sebagai memberi sokongan kepada pasukan bola ATM.
Tapi apa dah jadi dengan anggota ATM didalam gambar dibawah ini yang ditemui di sebuah wall FB..? 
Kemana displin yang tinggi anggota ATM? 
Kalau dah naik truck askar tu...sokong askar la..
kalau tak nak sokong pun tak kisah,tapi yang mendukacitakan ialah ada sorang yang aku kompom askar siap bergaya dengan jersi pasukan lawan atas sebuah truck.....apa ni..?? 

Bukankah itu namanya Pembelot...
Menunjuk-nunjuk....(Gambar sumber FB)

Dalam hati siapa yang tahu... dalam bilik, cam ni ok la sikit...tak lah menunjuk-nunjuk jadi pembelot...hehehe...




Isnin, 15 Oktober 2012

TERKINI..!!! Pesawat Nuri TUDM mendarat cemas di Jemoreng Sarawak

Helikopter Nuri (juga dikenali sebagai Sikorsky S-61) adalah helikopter enjin berkembar pelbagai kegunaan. Ia kini berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Dilaporkan membuat pendaratan cemas di  Kampung Jemoreng Sarawak awal hari ini dipercayai mengalami masaalah teknikal.

Pesawat tersebut dikatakan dalam penerbangan dari Sibu ke Labuan.

Tiada kecederaan pada 5 anggota TUDM didalam pesawat tersebut. 

- Sumber FB Jemoreng.



Untung orang kampung Jemoreng dapat beramai-ramai keluar melihat helikopter Nuri TUDM yang dilaporkan rosak  dikampung mereka.

Pesawat yang digunakan TUDM sejak 1961 mendarat didalam semak samun kerana masaalah teknikal...bukan kerana pertempuran dimedan perang...


Berikut merupakan kemalangan-kemalangan yang melibatkan helikopter Sikorsky S-61A-4 Nuri milik TUDM. Data didapati dari Bernama.
  • 25 April 1969 - Kejadian Nuri terhempas pertama apabila 4 anggota TUDM terbunuh di Kuching, Sarawak.
  • 11 Mac 1972 - 4 terbunuh dalam kemalangan di Gambang, Pahang.
  • 26 April 1976 - 11 anak kapal dan penumpang terbunuh apabila helikopter Nuri ditembak jatuh oleh pengganas komunis di Gubir, Kedah.
  • 19 Julai 1980 - Helikopter Nuri terhempas berhampiran Ipoh, Perak akan tetapi 18 penumpangnya terselamat.
  • 25 April 1981 - 2 anggota TUDM terbunuh sementara 13 orang yang lain tercedera apabila helikopter Nuri terhempas di Lapangan Terbang Kuching, Sarawak.
  • 11 Julai 1981 - Nuri terhempas berdekatan Batu Melintang, Perak. 11 penumpang terselamat.
  • 14 November 1989 - 21 orang terkorban dalam kemalangan di antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di sempadan Kelantan- Perak.
  • 18 Disember 1989 - 16 orang terbunuh dalam kemalangan berdekatan Sungai Lundu, Sarawak.
  • 28 Ogos 1990 - 9 anggota yang sedang menjalani latihan untuk sambutan ulang tahun Kemerdekaan terselamat dalam pendaratan kecemasan berdekatan Rawang, Selangor.
  • 16 Januari 1991 - Helikopter Nuri dari Sungai Besi ke Kluang membuat pendaratan kecemasan di Kampung Parit Zin, Muar, Johor. 12 orang terselamat.
  • 10 Jun 1991 - 6 orang terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas dan meletup di Banding, Perak.
  • 11 Julai 1991 - 7 orang terbunuh apabila Nuri terhempas semasa mendarat juga di Banding, Perak.
  • 16 Oktober 1996 - 2 orang terbunuh apabila Nuri terhempas di Muka Head, Pulau Pinang.
  • 19 Mac 1997 - 11 anggota TUDM terbunuh apabila 2 buah helikopter Nuri terhempas berdekatan Gunung Lumaku, Sipitang di Sabah.
  • 5 Mac 2004 - 2 orang terbunuh dalam kemalangan di Taman Udara, Butterworth.
  • 30 Mac 2004 - 3 juruterbang terselamat semasa membuat pendaratan kecemasan di Bukit Kalam berdekatan Labuan, Sabah.
  • 15 Ogos 2004 - 3 orang terbunuh dalam kejadian terhempas di Long Seridan, Sarawak.
  • 13 Julai 2007 - 6 anggota TUDM terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas di Genting Sempah, Pahang. Mayat mereka ditemui 4 hari kemudian.
  • 10 Julai 2008 - Sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendarat cemas di sebuah kawasan lapang di Taman Sinar Mentari, Bedong, Gurun, Kedah semasa ia sedang dalam perjalanan balik dari Kem Gubir, Sik menuju Pangkalan Udara Butterworth.[2]


*** Orgni: Sampai bilakah ATM akan menderita dan terseksa dengan peralatan lapuk begini.????