Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Leman Raja Lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Leman Raja Lawak. Papar semua catatan

Jumaat, 4 April 2014

Leman Raja Lawak selamat di ijab kabul dengan Siti Aishah [ 5 April 2014 ]

Berlawak, berjuang dan kini dah berumahtangga : Sulaiman Ibrahim 32, atau lebih dikenali Leman Raja Lawak telah selamat di-ijab kabulkan  dengan seorang muslimat pilihan hatinya bernama Siti Aishah Manap pada sabtu 06 April  2014.

Leman Raja Lawak adalah Ikon Anak Muda PAS juga presiden bagi PANGLIMA (NGO).




Firman Allah S.W.T. yang bermaksud 

“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya,

bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki),

isteri-isteri dari jenis kamu sendiri,

supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya
dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri)
perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan
(yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21
.........

Orangni sekeluarga mengucapkan selamat pengantin baru buat Leman dan isteri....
Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu

Selasa, 2 April 2013

70% Artis Tanah Air Tidak Sokong UMNO BN - Man Kadir


Semalam Orangni terpandang sekeping gambar dilaman Facebook yang memaparkan seorang artis yang boleh diketogerikan pelakon "Hero Malaya" bersama dengan seorang artis yang amat dikenali dalam Pakatan Rakyat Sdr Leman Raja Lawak.

Disebabkan rasa ingin tahu apa cerita disebalik gambar tersebut, Orangni berjaya mendapat info terus daripada Leman sendiri mengenai cerita disebalik gambarnya bersama Nasir Bilah Khan dilaman Facebook.
"Cerita artis dan politik suatu fenomena...sebenarnya sudah lama bersama"- Komen Leman mengenai Nasir Bilah Khan
Oooo...Benarlah cerita seorang otai artis kepada Orangni beberapa hari lalu...

Ceritanya begini.....

Rasa dah tidak percaya,rasa ada banyak yang tidak kena dan sebagainya antara penyebab   ramai dikalangan golongan artis tanah air ini ambil keputusan tidak menyokong kerajaan sedia ada (UMNO BN). 

Artis   juga manusia biasa seperti manusia lain tapi  sejak kebelakangan akhir ini  dilihat semakin ramai menyerlahkan diri untuk membuat langkah nekad dengan memutuskan untuk berjuang bersama Pakatan Rakyat.

Man Kadir
Begitulah menurut kata Pak Jabit ataupun Man Kadir seorang artis pelakon tanah air yang sekarang bersemangat berjuang bersama PR mengatakan hampir 70% artis di negara ini tidak menyokong kerajaan UMNO BN,akan tetapi dalam 70% yang tidak menyokong UMNO BN ini bukanlah kesemua-nya menyokong PR,segelintir hanya mendiamkan diri dari berpolitik dan  selebihnya sokong PR secara diam-diam".

"Ada dikalangan mereka berdiam diri dari sentuh isu politik demi menjaga kerjaya mereka sebagai artis "- Ujar Pak Man Kadir.

Cuma sekarang ini fenomena baru atau budaya baru yang mengerunkan pihak UMNO BN semakin menjadi-jadi  apabila ramai artis tanah air berani tampil kehadapan mengisyhtiharkan diri untuk  menyokongan  PR dan perkara sebaliknya dilihat tidak berlaku terhadap UMNO BN.

Kebanyakkan artis tanah air  ini yang sudah lali dan masak dengan dunia glamour  dan keputusan mereka (Artis) untuk membantu Pakatan Rakyat dengan pengaruh yang ada pada mereka adalah sesuatu yang amat membanggakan.

Artis yang tampil bersama PR ini bukanlah kerana sudah tidak laku dalam dunia seni, ramai yang sertai PR atas rasa kesedaran yang tinggi demi menyelamatkan tanah air dari perbagai kerakusan salah laku pihak pemimpin UMNO BN selama ini.

" Menyertai politik dan bersama Pakatan Rakyat bukanlah seseorang artis itu sudah hilang glamour atau tidak laku, saya masih berlakon dan masih berjiwa anak seni " - Ujar Pak Man Kadir ketika ditemui didalam Program Jelajah Negara Berkebajian negeri Perak pada 26 Mac  lalu.
Antara Artis yang Bersama PR




..........................
Orangni juga dimaklumkan ramai lagi artis yang berminat tampil menyokong PR...cuma menanti waktu dan ketika saja....Tungguuuuuuuuuuuuuuu....!!!!!!!

Ahad, 24 Februari 2013

Selamat Bertunang Leman Raja Lawak dan Nurul


Berlawak, berjuang dan kini dah bertunang : Sulaiman Ibrahin 32, atau lebih dikenali Leman Raja Lawak telah selamat mengikat tali pertunangan dengan seorang wanita pilihan hatinya yang berasal dari negeri Pantai Timur tanahair pada sabtu 23 Feb 2013.


Wanita bernama Nurul Aini Lee telah selamat dilamar  keluarga Leman Raja Lawak yang diwakili oleh ibu saudara Leman didalam majlis pertunangan tersebut.

Bagaimanapun Leman Raja Lawak yang juga Ikon Anak Muda PAS dan presiden bagi PANGLIMA (NGO) tidak pula menyatakan bilakah tarikh pernikahan bakal barlangsung ketika Orangni menghubungi beliau.

"Perkenalan kami berdua hanya dalam masa lebih kurang 2 minggu saja, sekarang dah bertunang..tapi inilah mungkin jodoh untuk saya yang telah ditetapkan oleh-Nya "- ujar Leman RL ketika dihubungi Orangni.

Sebahagian daripada  "Hantaran" dimajlis pertunangan Leman Raja Lawak
Ibu Saudara Leman menyarungkan cincin pertunangan dijari Nurul Aini
Nurul Aini Lee: Sah sebagai tunangan Leman Raja Lawak
.......................................................
Semoga disatukan dan berkekalan....amim....
Orangni : Minta sorry sebab tak dapat follow majlis ini atas sebab-sebab yang menjadi sebab tak boleh ikut..hehehe... Apapun diucapkan selamat bertunang buat Leman dan Nurul Aini......Orang Melayu kata  bertunang ni darahnya manis, jangan tunggu lama-lama...hahaha....

Sabtu, 16 Februari 2013

Aksi Melampau Terlampau : Leman Raja Lawak Vs Syed Saifuddin Syed Harman

Aksi-aksi  dalam gambar yang Orangni paparkan ini nampak macam sama...tapi serupa...haha...
Aksi Melampau Pemimpin UMNO
Gambar diatas adalah Syed Saifuddin Syed Harman yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pandan dan salah seorang panel pemikir JASA sedang begitu seronok,selesa dan mungkin st!m bersama 3 orang awek. Ini  mengambarkan kepada kepada rakyat bahawa pemimpin UMNO  gemar melakukan maksiat.
Ini jawapan Syed Saifuddin mengenai aksi terlampau dan melampau....
.....
Aksi Terlampau Penceramah PAS
Gambar diatas ini pula ialah Sulaiman B. Ibrahim yang lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawak merupakan ikon anak muda bagi PAS yang juga penceramah PAS dan Presiden PANGLIMA (NGO). Kelihatan Leman sedang seperti meneran kesakitan kerana menjalani proses urut kaki...hahaha...
Ini jawapan Leman diatas aksi melampau-lampaunya...hehehe....
........................................................................