Pengikut

Selasa, 2 April 2013

70% Artis Tanah Air Tidak Sokong UMNO BN - Man Kadir


Semalam Orangni terpandang sekeping gambar dilaman Facebook yang memaparkan seorang artis yang boleh diketogerikan pelakon "Hero Malaya" bersama dengan seorang artis yang amat dikenali dalam Pakatan Rakyat Sdr Leman Raja Lawak.

Disebabkan rasa ingin tahu apa cerita disebalik gambar tersebut, Orangni berjaya mendapat info terus daripada Leman sendiri mengenai cerita disebalik gambarnya bersama Nasir Bilah Khan dilaman Facebook.
"Cerita artis dan politik suatu fenomena...sebenarnya sudah lama bersama"- Komen Leman mengenai Nasir Bilah Khan
Oooo...Benarlah cerita seorang otai artis kepada Orangni beberapa hari lalu...

Ceritanya begini.....

Rasa dah tidak percaya,rasa ada banyak yang tidak kena dan sebagainya antara penyebab   ramai dikalangan golongan artis tanah air ini ambil keputusan tidak menyokong kerajaan sedia ada (UMNO BN). 

Artis   juga manusia biasa seperti manusia lain tapi  sejak kebelakangan akhir ini  dilihat semakin ramai menyerlahkan diri untuk membuat langkah nekad dengan memutuskan untuk berjuang bersama Pakatan Rakyat.

Man Kadir
Begitulah menurut kata Pak Jabit ataupun Man Kadir seorang artis pelakon tanah air yang sekarang bersemangat berjuang bersama PR mengatakan hampir 70% artis di negara ini tidak menyokong kerajaan UMNO BN,akan tetapi dalam 70% yang tidak menyokong UMNO BN ini bukanlah kesemua-nya menyokong PR,segelintir hanya mendiamkan diri dari berpolitik dan  selebihnya sokong PR secara diam-diam".

"Ada dikalangan mereka berdiam diri dari sentuh isu politik demi menjaga kerjaya mereka sebagai artis "- Ujar Pak Man Kadir.

Cuma sekarang ini fenomena baru atau budaya baru yang mengerunkan pihak UMNO BN semakin menjadi-jadi  apabila ramai artis tanah air berani tampil kehadapan mengisyhtiharkan diri untuk  menyokongan  PR dan perkara sebaliknya dilihat tidak berlaku terhadap UMNO BN.

Kebanyakkan artis tanah air  ini yang sudah lali dan masak dengan dunia glamour  dan keputusan mereka (Artis) untuk membantu Pakatan Rakyat dengan pengaruh yang ada pada mereka adalah sesuatu yang amat membanggakan.

Artis yang tampil bersama PR ini bukanlah kerana sudah tidak laku dalam dunia seni, ramai yang sertai PR atas rasa kesedaran yang tinggi demi menyelamatkan tanah air dari perbagai kerakusan salah laku pihak pemimpin UMNO BN selama ini.

" Menyertai politik dan bersama Pakatan Rakyat bukanlah seseorang artis itu sudah hilang glamour atau tidak laku, saya masih berlakon dan masih berjiwa anak seni " - Ujar Pak Man Kadir ketika ditemui didalam Program Jelajah Negara Berkebajian negeri Perak pada 26 Mac  lalu.
Antara Artis yang Bersama PR




..........................
Orangni juga dimaklumkan ramai lagi artis yang berminat tampil menyokong PR...cuma menanti waktu dan ketika saja....Tungguuuuuuuuuuuuuuu....!!!!!!!

2 ulasan: