Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Zambry Kadir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zambry Kadir. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Mac 2014

MH370: Zambry kena buat kenduri kesyukuran sebab tak jadi ke Beijing..?


Kalau ikut cerita Y ****  dan Y *****i... Umno pangkor kena buat kenduri kesyukuran...sebab 5 individu yg tak jadi naik mh370 adalah zambry kadir...dia batal beberapa hari sebelum kejadian.- whatsapp
Dikatakan Zambry Kadir akan berlepas ke pada tarikh kejadian tersebut atas urusan pelabur...Mmm..kalau tidak kemungkinan akan kosonglah pula kerusi DUN Pangkor.

Nota tumit kaki : Zambry sekarang keseorangan... kawan-kawan dalam UMNO semakin menjauhkan diri...jika benar Zambry salah seorang yang batalkan hasrat naik MH370,rasanya beliau perlu bersyukur.

Rabu, 12 Mac 2014

Dunia sibuk isu MH370 tapi Hamidah masih sibuk londeh MB Perak


Sekarang ini seluruh rakyat Malaysia berduka dengan tragedi yang masih misteri dengan kehilangan pesawat #MH370yang membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi, dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 pagi Sabtu. Kejadian ini dapat liputan meluas seluruh dunia.

Nampaknya UMNO Perak masih lagi dunianya sendiri, kisah bertengkar,bergaduh  dengan persoalan dan luahan seorang mantan ADUN Sungai Rapat Dato Hamidah Osman yang mempersoalan di laman FB beliau makin melarat hingga londeh melondeh dikalangan UMNO Perak dan geng Hamidah Osman.

Status yang dimuatnaik pada 6 Mac itu nampaknya menjadi hangat dengan komen-komen hingga sekarang....


Hamidah makin sibuk melondeh satu persatu geng UMNO di Perak yang menjadi musuhnya sekarang. Begitu juga dengan geng MB Zambry Kadir yang juga telah ambil tindakan yang sama. Mereka saling londeh melondeh dan dedah mendedah,ibarat kejadian pesawat #MH370 tidak penting bagi UMNO Perak lagi.
"Ni bukan ayat KB. Ni 'mcm' ayat sorang AJK Bahagian yang teman terserempat dia bawak "isteri simpanan"nya di Resto Nasi Ayam Fauziah hari tu.... hmmm * Sinar Harian hari ni."- Komen Hamidah 

SIAPAKAH AJK BAHAGIAN YANG BAWA ISTERI SIMPANAN YANG DIMAKSUDKAN HAMIDAH..?? 

Ni bukan gambor MB kita ke dgn Raja Bomoh tu? Apa ke heai nya? Dah merata-rata deme post gambor ni... Embarassing ( Memalukan) - komen Hamidah
HAMIDAH MELONDEH MB ZAMBRY KADIR BERKAITAN RAJA BOMOH YANG POPULAR BERKAITAN ISU MH370

Kisah Kecoh Hamidah sebelum ini: UMNO Perak tak ambil tahu #MH370 sebab Zambry Kadir benci sangat kat Hamidah Osman..??


Isnin, 25 Mac 2013

Beranikah Zambry Kadir Jemput Najib Ke Perak..???

Sejak dua menjak ini heboh juga pasal Dato Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat telah menyuarakan hasrat beliau untuk bertanding di Perak. 

Ada yang menjadi nujum bagi UMNO menjangkakan  Anwar  akan bertanding di kawasan parlimen Ipoh Timur kerana beliau menyanyikan lagu Lim Kit Siang akan bertanding di Gelang Patah Johor.

Pun begitu, hasrat Anwar telah disambut konon-nya menurut sumber mengatakan bahawa Ahli Parlimen Tambun dan Pasir Salak iaitu, Menteri Kewangan Kedua Dato Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Dato Seri Tajudin Rahman kedua-dua-nya orang kuat UMNO di negeri Perak mengalu-alukan Anwar bertanding di Perak.

Menghairankan juga kenapa orang-orang kuat dalam UMNO sendiri menjemput DSAI bertanding di Perak..?? 

Sewajar logik akalnya kalau dah jemput DSAI bertanding di Perak mengapa tidak mengundang sama Si Presiden UMNO Najib Tun  Razak juga bertanding dimana-mana kerusi Parlimen di Perak.

Membanggakan apabila Ketua Pemuda Pas Perak juga mencadangkan Anwar bertanding di Parlimen Lumut dan ada juga mencadangkan Anwar bertanding di Parlimen Tambun.

Ramai dikalangan UMNO sibuk membuat andaian bahawa Anwar sebenarnya hanya akan bertanding di kawasan ramai pengundi Cina kerana konon-nya beliau tahu bahawa pengundi Melayu yang beragama Islam sudah menolak beliau dan macam-macam lagi andaian negatif terhadap PAS bagi menampakan konon-nya PAS tak berapa suka dengan kehadiran Anwar.

Hakikatnya akan hasrat Anwar untuk bertanding di Perak sebenarnya telah mengundang gelisah,resah dan keluh kesah dikalangan orang kuat UMNO Perak terutamanya Zambry Kadir sendiri.
Zambry Kadiaq
“Hanya kerana manusia kecil seperti saya, pembangkang terpaksa angkut Anwar untuk lawan BN….saya tak tahu apa dah jadi dengan pembangkang hingga sampai ke peringkat merayu-rayu kepada Ketua Pembangkang agar datang dan bertanding di negeri Perak”- itu ulasan Zambry Kadir yang tak faham keadaan setiuasi sebenar. Anwar memikirkan dan BERHASRAT untuk bertanding di Perak bukan di angkut Pakatan Rakyat Perak...hahaha...

UMNO Perak seakan-akan menerima amaran gempa tsunami politik yang bakal tiba pada PRU-13 nanti, Zambry dan UMNO Perak dilihat jadi terkedu dengan hasrat Anwar ini. 

Kemana mereka (UMNO) nak minta tolong..?? 
Nak jemput Najib Tun Razak bertanding di Perak..??
Beranikah Najib..??
Ada kejantanankah Najib..??
Zambry ada berani ke jemput Najib...???
(Jawapanya....semuanya tidak,tidak,tidak dan tidak mungkin....hahaha...)

Orangni teringin nak lihat bakal mantan PM dan bakal PM bertanding di negeri Perak, tapi beranikah Zambry Jemput Najib Ke Perak..???


Jumaat, 8 Februari 2013

Aksi Romantik Zambry kadir dan Mariam Tersebar

Apa cerita ni..??? 
Siapa Mariam..? Siapa Zambry...? 

Nama isteri Zambry ialah Sharifah Zulkifli...siapa Mariam..??

Boleh ke aksi macam ni dilakukan oleh seorang Islam,tambahan pula dilakukan seorang MB yang konon-nya dari parti yang nak jaga Islam.

Aksi Zambry dalam gambar diatas yang diambil dari keratan akhbar tempatan hari ini boleh mendatangkan fitnah pada diri-nya dan wanita yang bernama Mariam.

Kalau iye pun nak tenangkan keadaan, ape ke hei-nye  pegang-pegang tangan sampai camtu sekali...kat sebelah Zambry kan ada sorang kaum muslimat...

Nanti kalau orang cakap yang bukan-bukan dikatakan pula pandai-pandai buat cerita,pembangkang kaki fitnah la, pembangkang cari salah la.....macam-macam lagi, tapi diri sendiri yang menjemput fitnah...hahaha....

Apapun bior lantak kome le..... Kome ade Tok Mufti yang bijaksana dan bijaksini...harusana dan harusini... 


Jumaat, 25 Januari 2013

Zambry Kadir pening candu lagi: Penjawat awam Perak 80% dah tak percayakan UMNO BN

~ Penjawat awam bantu PR: IPOH -  Pakatan Rakyat (PR) mendedahkan ada segelintir penjawat awam negeri Perak membantu mereka mendapatkan beberapa dokumen untuk didedahkan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, penyaluran beberapa maklumat dan dokumen kepada pemimpin PR menunjukkan penjawat awam sudah hilang kepercayaan kepada Kerajaan Negeri pimpinan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, segala maklumat yang didedahkan berkaitan pemberian tanah dan konsesi adalah benar dan bukan rekaan semata-mata. “Maklumat yang diterima sahih kerana ia diterima daripada penjawat awam yang ada sekarang ini berikutan hubungan kami baik dengan mereka semasa 11 bulan lalu dan mereka juga menghormati PR.

“Merekalah orang dalam yang memberikan maklumat kepada kami. Kerana mereka bersimpati kepada rakyat dan mereka tahu kami ada wibawa untuk mendedahkannya,” katanya ketika menjadi panel Debat Darul Ridzuan, di sini, kelmarin.

Mohammad Nizar berkata, jika hubungan PR dengan penjawat awam negeri Perak tidak baik kemungkinan besar mereka tidak dapat cungkil maklumat, surat-surat asal dan surat-surat kelulusan yang dibuat.

Beliau berkata, terdapat dokumen-dokumen yang telah disalurkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan. “Seluruh dokumen yang didedahkan ketika Sidang Dun lalu adalah sahih. Jika tidak ia tidak akan didedahkan di luar sidang Dun. “Jika dalam dewan mungkin kita ada immuniti tetapi di luar dewan, jika kita dedahkan dan jika tidak sahih ia akan dipersoal,” jelasnya lagi.

Beliau turut mendakwa sekurang-kurangnya 80 peratus penjawat awam di Perak menyokong PR kerana mereka sudah membuat perbandingan antara kepimpian PR dan BN.

Debat Darul Ridzuan dengan tajuk Nik Aziz Beri Rasuah kepada Ngeh Koo Ham, Zambry Buncitkan Kroni: Siapa Berdusta berlangsung kira-kira dua jam dengan panel dari PR diketuai Mohammad Nizar bersama Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Naib Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Perak, Chang Lih Kang.

Manakala meja untuk wakil BN turut disediakan tetapi kosong berikutan tiada wakil yang hadir kerana sebelum ini Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir telah menyatakan pendirian untuk tidak akan melayan pelawaan berkenaan.

- Sinar Harian.

Orangni: Bukan kata penjawat awam saja tak sokong UMNO BN, ahli UMNO BN sendiri pun dalam Perak banyak dedahkan masaalah dalaman UMNO. Bersepah-sepah dokumen penting UMNO BN disalur keluar untuk Pakatan Rakyat.

Sabtu, 10 November 2012

Banner kemetot dihalang MB Zambry kecewakan kelip-kelip kg. Dew

Sudah saiz banner tu kecik kemetot....hahaha....

Bilanganya pun tak banyak,khabarnya hanya 10 je bennar diprint untuk sebuah program yang akan dihadiri Zambry Kadir Menteri Besar Perak yang tidak halal....ikutkan tarikhnya 11 Nov (hari ini le...).

Dalam bennar tu konon-nya Zambry dan exco Pelancong Perak Si Hamidah akan datang ke Kampung Dew untuk sebuah program dijeti kelip-kelip kampung tersebut,kampung Dew  sebelum ini kecoh dengan projek kolam udang haram milik koperasi UMNO Bukit Gantang dan isu puak pemimpin UMNO ambil tanah yang dijanjikan untuk penduduk disitu.

Maklumat terbaru yang diterima memberi tahu, Zambry tak datang dalam program ini...apa sebabnya aku tak tahu. Mungkin Zambry kecewa dengan ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang YB Rosli Terong, yang buat kerja halai balai kata orang tempatan...udah le MB nak datang, tempah banner pun kecik kemetot dalam jumlah yang amat sikit...Muka  Zambry tersenggeh pun tak ditaruh kat banner tu, kesian Zambry........hahaha...

Paling malang sekali.....banner udah le kecik...dihalang pula dengan poster2 kenduri kawin.....apa tak nampak...hahaha....(Gambar dibawah)

Maklumat awal yang aku terima hanya dijangka Hamidah sorang je turun kat program di jeti Kampung Dew...khabarnya ada sesuatu akan disampaikan Hamidah...

***Cerita selanjutnya akan menyusul........

(info tambahan: 5 Kerusi batu yang disumbang DS Nizar untuk jeti kelip-kelip masih kekal menanti Hamidah.....tidak akan diubah kemana-mana kata penduduk disini...hahaha....)


Ahad, 28 Oktober 2012

Zambry Kadir bela pendatang asing di Pulau Pangkor..?

PULAU PANGKOR - Kira-kira 1,000 nelayan Pulau Pangkor mengakui terjejas pendapatan kesan daripada penglibatan nelayan warga asing di kawasan mereka.

Ekoran masalah itu, seramai 300 nelayan membuat demonstrasi aman dengan berarak hingga ke pondok polis Sungai Pinang Kecil sebagai tanda bantahan dan mendesak tindakan segera diambil.


Wakil nelayan, Zamzami Jaafar, 31, berkata, kebanjiran nelayan warga asing semakin bertambah setiap hari menyebabkan nelayan tempatan menerima kesannya.

“Pendapatan kami  tergugat disebabkan pemilik bot atau kapal lebih suka menggunakan khidmat nelayan asing kerana gaji dibayar lebih murah.

“Sebagai contoh, upah yang dibayar sebanyak RM3 bagi sekilogram ikan diturunkan kepada RM2 menyebabkan kami nelayan tempatan terpaksa menanggung rugi sedangkan kami ada keluarga yang mahu ditanggung,” katanya. 

Seorang lagi nelayan, Arif Abdullah, 28, berkata, perkara itu sudah dibawa ke pengetahuan persatuan nelayan namun sehingga kini masih tidak ada penyelesaian.

Mereka juga khuatir kejadian tidak diingini berlaku termasuk masalah jenayah yang boleh menggugat keselamatan penduduk dan pelancong di pulau ini.

“Pernah satu ketika nelayan tempatan dibaling dengan parang ketika menangkap ikan selain diugut oleh mereka.

“Kita juga bimbang dengan dakwaan mengatakan mereka membawa masuk benda terlarang  selain mewujudkan beberapa gejala sosial negatif lain,” katanya.

Arif memberitahu, sebanyak 99 peratus penduduk pulau itu bekerja sebagai nelayan dan jika peluang itu diberikan kepada nelayan asing, warga tempatan kini sudah tidak mempunyai pekerjaan. - Sinar Harian

Orgni: Dimana Ahli Dewan Undang Negeri N52 yang juga Menteri Besar Perak yang berkuasa hasil rampasan kuasa..? 

Dimana slogan "Tiada Terpinggir dan Tiada Teringgal"??

Kawasan DUN sendiri pun Zambry Kadir gagal nak jaga...Pulau Pangkor bukannya luas sangat...hahaha....

Apa mungkin kebanjiran pendatang asing ke Pulau Pangkor dibela oleh Zambry Kadir untuk kantung undi di PRU 13 nanti....?

Ini Zambry..... tak boleh pakai....!!!!!







Sabtu, 13 Oktober 2012

Daim Dukun UMNO kasi Najib Razak kecut dan Zambry Kadir pucat

Bekas Bendahari Umno, Tun Daim Zainuddin meramalkan Umno BN hanya menang di Johor, Melaka dan Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan selainnya dimenangi Pakatan Rakyat.

Daim berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama akhbar harian Cina, Nanyang Siang Pau yang diterbitkan awal tahun ini, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Daim turut dipetik sebagai berkata, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak kini umpama “jeneral tanpa askar” dalam berdepan cabaran PRU.“Perdana Menteri dan pemimpin utama lain sudah pun melakukan lebih dari cukup.

Maka situasi semasa mereka umpama ‘jeneral tanpa askar’.“Di manakah askar-askar BN? Pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian perlu lebih proaktif melibatkan diri dengan orang ramai,” kata Daim.

Daim turut meramalkan agak sukar untuk Umno BN mengekalkan Sabah dan Terengganu ekoran krisis dalaman parti itu di kedua-dua negeri itu.Mengenai Negeri Sembilan, Daim tidak menolak bahawa Pakatan Rakyat berpeluang cerah untuk menang di situ ekoran gabungan KEADILAN, PAS dan DAP hanya memerlukan sekurang-kurangnya enam kerusi untuk membentuk kerajaan.

Selain itu, kata Daim, Umno juga terpaksa mencari calon sesuai untuk menggantikan Menteri Besar Negeri Sembilan ketika ini, Datuk Seri Mohamad Hasan yang dijangka bertanding kerusi Parlimen untuk dilantik sebagai menteri persekutuan.

Mengenai Perak yang dirampas Umno BN yang diketuai Najib sejak Februari 2009, Daim melihat agak sukar untuk Umno BN kekal di negeri itu.Sementara Kelantan dan Pulau Pinang, Daim yakin Pakatan Rakyat akan terus memerintah di kedua-dua negeri itu.

Menjelang PRU 8 MAc 2008, Daim pernah meramalkan Umno BN akan kalah di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, namun tiada siapa melihat dengan serius ramalan beliau.

Sehinggalah keputusan 8 Mac diumum yang yang menyaksikan Umno bukan sahaja kalah di negeri itu, kecuali Terengganu, malah buat pertamakali dalam sejarah BN hilang 2/3 kerusi Parlimen.

***Orgni:  Najib kecut dan Zambry kadir akan jadi putih sebab pucat dengan ramalan kajicuaca politik Tun Daim ni...hehehe....