Pengikut

Ahad, 28 Oktober 2012

Zambry Kadir bela pendatang asing di Pulau Pangkor..?

PULAU PANGKOR - Kira-kira 1,000 nelayan Pulau Pangkor mengakui terjejas pendapatan kesan daripada penglibatan nelayan warga asing di kawasan mereka.

Ekoran masalah itu, seramai 300 nelayan membuat demonstrasi aman dengan berarak hingga ke pondok polis Sungai Pinang Kecil sebagai tanda bantahan dan mendesak tindakan segera diambil.


Wakil nelayan, Zamzami Jaafar, 31, berkata, kebanjiran nelayan warga asing semakin bertambah setiap hari menyebabkan nelayan tempatan menerima kesannya.

“Pendapatan kami  tergugat disebabkan pemilik bot atau kapal lebih suka menggunakan khidmat nelayan asing kerana gaji dibayar lebih murah.

“Sebagai contoh, upah yang dibayar sebanyak RM3 bagi sekilogram ikan diturunkan kepada RM2 menyebabkan kami nelayan tempatan terpaksa menanggung rugi sedangkan kami ada keluarga yang mahu ditanggung,” katanya. 

Seorang lagi nelayan, Arif Abdullah, 28, berkata, perkara itu sudah dibawa ke pengetahuan persatuan nelayan namun sehingga kini masih tidak ada penyelesaian.

Mereka juga khuatir kejadian tidak diingini berlaku termasuk masalah jenayah yang boleh menggugat keselamatan penduduk dan pelancong di pulau ini.

“Pernah satu ketika nelayan tempatan dibaling dengan parang ketika menangkap ikan selain diugut oleh mereka.

“Kita juga bimbang dengan dakwaan mengatakan mereka membawa masuk benda terlarang  selain mewujudkan beberapa gejala sosial negatif lain,” katanya.

Arif memberitahu, sebanyak 99 peratus penduduk pulau itu bekerja sebagai nelayan dan jika peluang itu diberikan kepada nelayan asing, warga tempatan kini sudah tidak mempunyai pekerjaan. - Sinar Harian

Orgni: Dimana Ahli Dewan Undang Negeri N52 yang juga Menteri Besar Perak yang berkuasa hasil rampasan kuasa..? 

Dimana slogan "Tiada Terpinggir dan Tiada Teringgal"??

Kawasan DUN sendiri pun Zambry Kadir gagal nak jaga...Pulau Pangkor bukannya luas sangat...hahaha....

Apa mungkin kebanjiran pendatang asing ke Pulau Pangkor dibela oleh Zambry Kadir untuk kantung undi di PRU 13 nanti....?

Ini Zambry..... tak boleh pakai....!!!!!







Tiada ulasan:

Catat Ulasan