Pengikut

Khamis, 3 Mei 2012

[Gempar] Pusat Khidmat UMNO berada dikawasan larangan semasa BERSIH 3.0


Tak faham aku…mengapa peserta BERSIH 3.0 tidak dibenarkan berada di atas di Dataran Merdeka, malah nak rapat pun tak boleh,  lebih kurang 500 meter  dari  Dataran Merdeka dikelilingi  pagar kawat berduri macam  suasana yang kita tengok kat tv di Palestin, askar Israel taruh pagar kawat berduri…saling tak tumpah keadaan tersebut berlaku  pada 28 april yang lalu di tanah air ini di ibukotaraya  Kuala Lumpur.Peserta BERSIH tak boleh lepasi pagar kawat berduri tersebut..belakang kawat berduri tu pula berbaris berlapis-lapis  pula  abang-abang polis  dengan pistol di pinggang…siapa berani coba…haha…   

Semasa aku lalu kat  bangunan  Kelab Selangor untuk bergerak  beramai-ramai  ke Masjid Negara (Tapi gagal) Ketika itu suasana ok lagi, sebab Abang Polis tak mewater canon lagi…hehehe.. Tetiba.. aku  ternampak sebuah  kenderaan  yang menimbulkan pertanyaan….kenderaan ini  bergerak  dibelakang Abang Polis yang terpacak mengawal kami didepan...makna-nya  kenderaan ini berada  didalam kawasan yang dikawal dan menjadi larangan kepada aku dan peserta BERSIH yang lain...ianya bukan kereta Polis,kalau kereta Polis..lantak  engko le..hehehe..kenderaan tu  bukan jentera Bomba,bukan kereta DBKL dan bukan juga  kereta Buggati anak Mahadhir ….…yang  aku nampak sebuah van tertera tulisan  Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gombak  YB  Datuk Dr. Rahman Ismail .    Memang ada logo St Jhon Ambulan,tapi apa  keistimewaan dan keperluan kenderaan berstatus politik boleh berada disitu…!!!???


Apa hal kenderaan dari Pusat Khidmat Ahli Parlimen UMNO  memasuki  ke  dalam kawasan yang menjadi  kawasan larangan kepada peserta BERSIH..??? Apa Khidmat yang  YB  Datuk Dr. Rahman Ismail dari UMNO Gombak nak beri dalam kawasan  larangan  Dataran Merdeka semasa perhimpunan.  Apa keistimewaan Dr. Rahman Ismail dari UMNO Gombak  boleh masuki Dataran Merdeka … nak bantu sebagai ambulan.??!!  Banyak lagi ambulan-ambulan lain kat ibukota ni… kenapa  ambulan  tajaan UMNO juga yang diberi kebenaran..?

Banyak betul  persoalan yang timbul dengan keistimewaan kenderaan milik UMNO berada disitu…  Abang Polis boleh tengok je van UMNO  lalu  masuk..tak ditahan dan tak dibelasah pula kenderaan milik UMNO memasuki kawasan  larangan.

fikirkan…Adilkah macam tu…..300ribu rakyat datang nak duduk atas Dataran Merdeka tidak  dibenarkan,malah nak rapat  Dataran Merdeka  pun tak boleh  tapi  Van UMNO boleh bebas masuki kawasan  yang konon-nya menjadi  larangan  pada masa tersebut.

1 ulasan:

  1. haahaha.... takde kena St John dgn Umno tu hanya tajaan kalau kamu nak tanja boleh jgk nnty kita letak la nama kamu kat sana

    BalasPadam