Pengikut

Isnin, 2 Julai 2012

30 buah kediaman rosak dilanda angin kencang di Taiping





2 July 2012~ Aulong Taiping: Dalam jam 3 petang tadi disini hujan lebat bersama angin kencang telah menyebabkan lebih kurang  30 rumah dibeberapa buah taman sekitar Aulong Taiping antaranya Taman Saujana Permai yang teruk mengalami kerosakan,kebanyakan rumah yang terjejas mengalami kerosakan bumbung yang diterbangkan angin kencang.

Berikutan kejadian ini ADUN Aulong YB Yew Tian Hoe (DAP) telah turun kelokasi beberapa kejadian yang terjejas bagi menziarah untuk melihat sendiri keadaan apa yang berlaku, menurut sumber disini YB Yew telah bertindak dengan memanggil pihak berwajib seperti kontraktor untuk membuat kerja-kerja membaiki kediaman penduduk yang terjejas.

Dalam pada itu Yang DiPertua PAS Taiping yang juga merangkap Lujnah Kebajikan PAS Negeri Perak Ust Mohamad Fakharudin Abdul Aziz  memaklumkan akan turut membantu mangsa dalam masa terdekat ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan