|
UstAkmal |
5 July 2012 bersamaan
15 Syaaban 1433 ~ Perkarangan
Surau Sungai Setar Selama Perak telah berlangsung program penyampaikan bantuan keperluan kepada lebih 200 keluarga yang kurang kemampuan disini yang dianjurkan oleh Khairat Assyabab (NGO). Khairat Assyabab adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang
ditubuhkan untuk mengenalpasti
permasalaah masyarakat setempat dan
membantu dari segi keperluan asas ,nasihat
dan sebagainya. Khairat Assyabab yang baru ditubuhkan pada akhir tahun 2010
bergerak aktiv di sekitar Parlimen Larut bermula dari Taman Lela hinggalah ke
U.S.A ( Ulu Selama Area) menurut Penasihatnya Ust Akmal Kamarudin dalam majlis
tersebut.
|
Ust Masrol |
Bersyukur dengan limpah Rahmat dan KemuliaanNYA pada hari ini Khairat Assyabab mendapat tanggungjawap dan kepercayaan dari seorang
penderma yang Budiman dari Kuala Lumpur yang sudi menghulurkan derma bantuan kepada penduduk sekitar Kg
Sungai Setar yang didapati amat
memerlukanya. Penderma Budiman tersebut tidak dapat hadir sama dalam program
murni ini oleh kerana sebab-sebab tertentu telah menghantar wakilnya kelokasi
disini. Beliau berasa dukacita kerana tidak dapat bersama penduduk dan
menyampaikan salam buat semua yang hadir ujar wakilnya Ust Masrol bersama seorang
rakan-nya. Bantuan derma ini dihulurkan kepada penduduk disini berikutan hasil
maklumat terus dan media internet (Blog dan FB) yang disiarkan oleh Khairat Assyabab mengenai
terdapat ramai golongan yang perlu dibantu
disini.
|
Mohd Khalid |
Wakil penduduk kampung
Sdr Mohd Khalid Hussin melahirkan rasa syukur kepada Allah dan mengucapkan
ribuan terima kasih kepada rombongan dari pihak penderma serta terima kasih juga kepada jemaah Khairat
Assyabab yang sudi memilih penduduk kampung ini menjadi penerima bantuan, penduduk
kampung disini juga amat menghargai
segala sumbangan yang diberikan.
Sebelum program ini berlansung di perkarangan Surau Sungai
Setar wakil penderma dan jemaah Khairat Assyabab turut melawat ke beberapa rumah kediaman penduduk yang
diketogerikan
"perlu diambil perhatian". Kebanyakan rumah yang dilawati amatlah menyedihkan kerana
tiada sebarang kemudahan asas yang sewajarnya disediakan oleh pihak berwajib. Tiada
elektrik,tiada bekalan air bersih dan tiada kemudahan jalan keluar ke jalan
utama adalah perkara utama permasalahan
mereka.
|
Rombongan prihatin Khairat Assyabab turun padang menyelami keadaan masyarakat |
|
Ust Akmal dan Ust Syahir menyantuni seorang penduduk yang sekian lama menumpang rumah seorang berbanga cina yang jauh terpinggir dari kehidupan diluar |
|
Wakil Penderma Budiman menyampaikan sumbangan berupa keperluan dapur berserta sumbangan belanja dapur |
|
Sdr Ahmad bin Yassin 57(Gambar kecil) sudah 4 tahun menumpang dirumah ini amat mengharapkan bantuan dari mereka yang sudi menyumbangkan bantuan,beliau bersama isteri dan anak sulungnya yang masih bersekolah rendah terpaksa hidup serba kekurangan tanpa keperluan asas seperti elektri,bekalan air dan sebagainya. |
|
Ust Akmal turut menyampaikan sumbangan kepada seorang warga tua yang uzur 4 tahun setelah dipatuk |
|
Sekitar program penyampaian sumbangan bantuan kepada penduduk (6 gambar dibawah) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan