Pengikut

Rabu, 8 Ogos 2012

Himpunan Janji BERSIH 30 Ogos ini

9 Ogos 2012 Datuk A. Samad Said
KUALA LUMPUR - Lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan akan menganjurkan Himpunan Janji Bersih sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 - susulan kepada lapan tuntutan Bersih 2.0.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said berkata, perhimpunan ini, yang diadakan pada jam 10 malam 30 Ogos di Dataran Merdeka, dianjurkan bagi membawa mesej orang ramai memerlukan sebuah Malaysia yang bersih dan adil."Kami mahu lapan tuntutan itu ditunaikan," kata beliau pada sidang media yang diadakan di sini."

kami dengan terbuka hati menjemput semua rakyat Malaysia, anak semua bangsa untuk bersama-sama kami merayakan ketulenan Hari Kemerdekaan."Kita telah banyak mendengar janji-janji untuk perayaan sambutan merdeka tahun ini, kami tahu apa yang orang ramai mahu ialah Malaysia yang bersih dan adil sebagai sambutan Kemerdekaan yang ke-55," kata beliau lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan