Pengikut

Selasa, 7 Ogos 2012

Mana Janji Manis Zambry Kadir kalau rakyat hidup begini..!!???

Tersentuh......hiba.....pilu.....inilah kesan janji dicapati...

 Rumah dhaif ini dihuni oleh puan Siti Manis bt Mat Lesa 48 thn. bersama 7 org anaknya. Beliau berkahwin dengan Bidi b. Mat Damar 50 thn yang berkerja kampung disini.

Rumah ini tidak bertandas dan tidak berbilik sumber air mereka sekeluarga mengunakan telaga yang sekarang hampir kering kerana hujan dah lama tak turun. 

Ramai antara rakyat Malaysia sedih dengan pasukn olimpik kita yang gagal meraih sebarang emas.....tapi ramai yang tidak peduli dengan keadaan yang menimpa keluarga sebegini.

KeraRajaan UMNO BN konon-nya melaungkan berbagai slogan yang indah didengari, Rakyat Didahulukan,Janji Ditepati dan di Perak pula slogan Zambry Tiada Terpinggir Tiada Tertinggal, semuanya omongan kosong belaka. Hakikatnya Rakyat di negeri Perak masih terlalu ramai yang hidup melarat di tanahair sendiri.
Macam tak percaya...rumah sebegini masih ujud dikala negara konon-nya dah merdeka 55 tahun dan sloganya Janji Ditepati....apa yang janji dan tepat..??
Ust Akmal menyantuni keluarga daif ini bersama ahli Khairat Assabab dalan misi NGO ini membasmi kemiskinan disekitar Larut.

Bantulah mereka....

Rumah ini bukan terletak di somalia atau di Monggolia, tapi terletak di perkampungan melayu kg Anak Sg rambutan, Selama Perak. Bagi rakan2 yang prihatin, boleh lah menyalurkn sumbangan melalui akaun maybank 558211313335 atas nama Khairat Assyabab atau maklumkan sumbangan anda kepada Ust Sharul Amin 0195256727 @ Ust Khalil 0193124773 @ Adi 0195684479

1 ulasan:

  1. Mungkin perlu dipersalahkan pihak berkuasa namun tak perlu keterlaluan. Biarlah Allah yg membalasnya. KIta membantu sekadar termampu.
    Sekadar teguran

    BalasPadam