LUMUT: Tiga papan iklan yang memaparkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Manjung di sini ditemui disimbah dengan cat merah pada pagi Isnin.
Satu papan iklan di persimpangan Jalan Lumut-Jalan Iskandar yang memaparkan Dr Zambry dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan moto “Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir, telah disimbah dengan cat merah yang menutupi gambar Dr Zambry.
Dua papan iklan yang turut disimbah dengan cat merah hanya memaparkan wajah Dr Zambry, yang didirikan oleh Majlis Perbandaran Manjung.
Satu ditempatkan di hadapan bangunan majlis perbandaran dan satu lagi di Jalan Sitiawan, dekat Taman Paya Bakau Manjung.
Difahamkan bahawa anggota Umno bahagian Lumut akan membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Manjung berhubung insiden itu kemudian pada Isnin.~ mStar
Burung gagak dicelup sirap bandung...tidak akan menjadi putih..hehehe... |
Sebuah papan iklan di persimpangan lampu isyarat Jalan Lumut-Jalan Iskandar Shah yang memaparkan wajah tak hensem Zambry Abdul Kadir dan member Soros Najib Tun Razak disimbah dengan cat merah. |
Orgni- Kalau kejadian yang lepas-lepas kes simbah cat merah ni mengganas pada bas Jelajah Merdeka Rakyat...abis bertompok-tompok cat merah kat dinding bas yang membawa rombongan DSAI.
Laporan polis pun banyak kali dibuat oleh pihak PR berkaitan kejadian,malangnya hingga kini rasanya tiada lagi tangkapan terhadap pelaku diambil,walaupun banyak bahan bukti bergambar dan vedio tersiar di laman internet.
Sekarang konon-nya giliran papan tanda Zambry pula disimbah cat merah ....kita tengok apa tindakanya pula...hehehe...
Adakah pelaku yang sama yang simbah cat pada bas Merdeka Rakyat..?
Serba kemungkinan boleh berlaku, sabotaj atau propaganda...
Atau geng sendiri yang tak puas hati dengan Zambry sebab lawatan Najib ke Lumut yang dijangka pada 18 Sept ini..!!??
Kes tak puas hati klik >
Tiada ulasan:
Catat Ulasan