Dilaporkan membuat pendaratan cemas di Kampung Jemoreng Sarawak awal hari ini dipercayai mengalami masaalah teknikal.
Pesawat tersebut dikatakan dalam penerbangan dari Sibu ke Labuan.
Tiada kecederaan pada 5 anggota TUDM didalam pesawat tersebut.
- Sumber FB Jemoreng.
Untung orang kampung Jemoreng dapat beramai-ramai keluar melihat helikopter Nuri TUDM yang dilaporkan rosak dikampung mereka. |
Pesawat yang digunakan TUDM sejak 1961 mendarat didalam semak samun kerana masaalah teknikal...bukan kerana pertempuran dimedan perang... |
Berikut merupakan kemalangan-kemalangan yang melibatkan helikopter Sikorsky S-61A-4 Nuri milik TUDM. Data didapati dari Bernama.
- 25 April 1969 - Kejadian Nuri terhempas pertama apabila 4 anggota TUDM terbunuh di Kuching, Sarawak.
- 11 Mac 1972 - 4 terbunuh dalam kemalangan di Gambang, Pahang.
- 26 April 1976 - 11 anak kapal dan penumpang terbunuh apabila helikopter Nuri ditembak jatuh oleh pengganas komunis di Gubir, Kedah.
- 19 Julai 1980 - Helikopter Nuri terhempas berhampiran Ipoh, Perak akan tetapi 18 penumpangnya terselamat.
- 25 April 1981 - 2 anggota TUDM terbunuh sementara 13 orang yang lain tercedera apabila helikopter Nuri terhempas di Lapangan Terbang Kuching, Sarawak.
- 11 Julai 1981 - Nuri terhempas berdekatan Batu Melintang, Perak. 11 penumpang terselamat.
- 14 November 1989 - 21 orang terkorban dalam kemalangan di antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di sempadan Kelantan- Perak.
- 18 Disember 1989 - 16 orang terbunuh dalam kemalangan berdekatan Sungai Lundu, Sarawak.
- 28 Ogos 1990 - 9 anggota yang sedang menjalani latihan untuk sambutan ulang tahun Kemerdekaan terselamat dalam pendaratan kecemasan berdekatan Rawang, Selangor.
- 16 Januari 1991 - Helikopter Nuri dari Sungai Besi ke Kluang membuat pendaratan kecemasan di Kampung Parit Zin, Muar, Johor. 12 orang terselamat.
- 10 Jun 1991 - 6 orang terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas dan meletup di Banding, Perak.
- 11 Julai 1991 - 7 orang terbunuh apabila Nuri terhempas semasa mendarat juga di Banding, Perak.
- 16 Oktober 1996 - 2 orang terbunuh apabila Nuri terhempas di Muka Head, Pulau Pinang.
- 19 Mac 1997 - 11 anggota TUDM terbunuh apabila 2 buah helikopter Nuri terhempas berdekatan Gunung Lumaku, Sipitang di Sabah.
- 5 Mac 2004 - 2 orang terbunuh dalam kemalangan di Taman Udara, Butterworth.
- 30 Mac 2004 - 3 juruterbang terselamat semasa membuat pendaratan kecemasan di Bukit Kalam berdekatan Labuan, Sabah.
- 15 Ogos 2004 - 3 orang terbunuh dalam kejadian terhempas di Long Seridan, Sarawak.
- 13 Julai 2007 - 6 anggota TUDM terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas di Genting Sempah, Pahang. Mayat mereka ditemui 4 hari kemudian.
- 10 Julai 2008 - Sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendarat cemas di sebuah kawasan lapang di Taman Sinar Mentari, Bedong, Gurun, Kedah semasa ia sedang dalam perjalanan balik dari Kem Gubir, Sik menuju Pangkalan Udara Butterworth.[2]
*** Orgni: Sampai bilakah ATM akan menderita dan terseksa dengan peralatan lapuk begini.????
Tiada ulasan:
Catat Ulasan