Pengikut

Ahad, 25 November 2012

[ Gambar ] Najib dihina lagi kerana Datin Rosmah dihadapan Yang Dipertua Negeri Melaka

Korang tengoklah gambar ini....

Fikir dan nilaikan sendiri telatah dan perangai isteri Presiden UMNO Datin Rosmah dalam majlis Perkahwinan anak Panglima ATM. 


KUALA LUMPUR, 25 Nov -- Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob (tiga, kiri) bersama Perdana Menteri Najib Tun Razak (kiri) dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor (hadapan sekali) ketika hadir pada Majlis Perkahwinan anak Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain di sebuah hotel ibu negara di sini malam ini.Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua, kiri belakang).

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat hadir pada majlis perkahwinan anak Panglima ATM. Kelihatan juga Isteri Presiden UMNO Datin Rosmah (anak panah ) dengan seorang diri mengayakan rambut terjojol dalam majlis tersebut.

Beginikah yang dikatakan UMNO menjaga dan menghormati Raja-Raja Melayu...?? 

Rosmah sanggup memalukan Najib dihadapan Raja-Raja dan para pembesar dalam negara ini.

1 ulasan: