Pengikut

Isnin, 26 November 2012

Melayu UMNO bagi Media makan Epal 8,000 biji...!!!

KUALA LUMPUR: Kira-kira 8,000 epal akan disaji kepada petugas media yang membuat liputan sepanjang Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ketua Pegawai Eksekutif Putrade Property Management Sdn Bhd Datuk Maxson Abdullah Jaafar berkata epal merah dan hijau itu akan disediakan semasa minum pagi dan minum petang sebagai satu kelainan berbanding penganjuran perhimpunan agung sebelum ini.

Menurutnya, ia juga sebagai satu langkah ke arah menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan petugas media di sebalik kesibukan membuat liputan. "Kita ambil pendekatan 'an apple a day keeps the doctor away'.-  BERNAMA
Hehehe...Epal UMNO....nyam..nyam...hihihi....

Orgni: UMNO....Parti Orang Melayu....jaga orang melayu,ikut cara melayu tapi menari cara hindustan dan makan cara mat salleh......hahaha...

Bagi petugas media makan buah epal semasa persidangan nanti...  

Patutlah ramai pemimpin UMNO tak suka cakap bahasa melayu...asyik cakap orang putih je...rupanya suka makan epal......Hahaha....

Macam la takda buah tempatan yang lain untuk dipromosikan.

Negara kita bukankah kaya dengan buah-buahan tempatan....durian ada,rambutan ada....petai dan jering pun ok...hahaha...

Kalau nak promosi buah negara luar yang banyak khasiatnya, apa salahnya sediakan buah kurma yang memang diakui oleh Rasullulah tentang keistimewaan buah kurma...buah kurma bukan-nya khas untuk bulan ramadhan saja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan