Pengikut

Rabu, 7 November 2012

Keputusan UPSR 2012 diumum lewat bakal jadi bahan politik UMNO BN..??

KUALA LUMPUR: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 akan diumumkan pada 19 November ini bermula jam 9 pagi. 

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan hari ini, berkata seramai 517,139 calon menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun ini. 



“Calon boleh mendapatkan keputusan UPSR mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada hari sama,” katanya di sini, hari ini. - BH

Orgni: Inilah sejarah dalam sistem pendidikan negara ini apabila keputusan UPSR buat kali pertama akan diumumkan pada musim cuti sekolah,yang mana peperiksaan ini telah dilaksanakan dalam bulan September lalu.

Bagi keputusan UPSR yang lepas-lepas, pihak kementerian Pelajaran umumkan keputusan sebelum musim cuti persekolah,tapi kali ini dalam musim cuti sekolah.

Menurut sumber yang diterima mengatakan semua ini adalah disebab UMNO BN akan mengunakan peluang untuk dipolitik-kan dengan mengumumkan keputusan UPSR ini dimusim cuti sekolah.

1 ulasan:

  1. x hbs2 nak cari modal politik..tp rakyat dh x termakan segala apa yg UBN lakukan..tgu PRU 13 nnt..rakyat akan buat perubahan... insyaallah

    BalasPadam