KUALA LUMPUR: Majlis resepsi perkahwinan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan pasangannya Datin Wong Mew Choo berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 1,500 tetamu.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah turut berkenaan menghadiri majlis yang berlangsung di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir meraikan pasangan mempelai.
Antara barisan Menteri Kabinet yang hadir termasuk, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Seri Nadzmi Salleh dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Seri Zolkples Embong antara tetamu turut hadir.- mStar
Gambar Rosmah memeluk DLCW suatu masa dulu pernah menjadi panas..
** Aku tidak berniat memburukan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tapi mempersoalkan ketidakhadiran Penaung BAM....Kenapa..????
First Lady telah menjadi 2nd. Lady dalam majlis ini.Besarlah Kemaluan kalau hadzir dalam majlis ini.
BalasPadam