Pengikut

Khamis, 15 November 2012

Kerana mu....semuanya tertunda.....

Dua tiga hari ini agak panas didada-dada media internet mengenai telatah dan gelagat Datin Rosmah Mansor isteri Najib Perdana Menteri Malaysia terakhir dari UMNO BN. Bermula dengan gambar panas aksi menyibuk Rosmah dimajlis persandingan jaguh badminton negara,belum habis isu itu diperkatakan dan hari ini tersebar pula klip vedio yang diupload ke youtube Datin Rosmah tergedik-gedik disebuah pentas menari ala-hindustan. Semua pendedahan ini sedikit sebanyak menjejaskan tahap kejantanan Najib untuk membubarkan parlimen. Baru Najib nak semangat baru-baru ini dengan memainkan isu fitnah putar belit media pengampu UMNO BN mengenai kenyataan YB Nurul Izzah. Tok Mufti UMNO Perak pun sibuk ambil bahagian menyentuh isu ini bagi pihak UMNO. Bagaikan dentuman petir terkeluar pula vedio klip Si Rosmah berjoget...hahaha.....adakah Tok Mufti akan ambil bahagian menyentuh perkara ini..? Aku rasa tak mungkin....hehehe.... Pecacai-pecacai UMNO kebanyakanya pun terkejut serta terkedu,mungkin ada yang menyumpah seranah insan yang berjoget tu........kecuali kepada yang taat setia kepada wanita serba konterversi ini saja tetap menyayanginya.....hahaha.... Apakah malangnya nasib mu wahai Najib..... Siang bercakap pasal menjaga islam konon-nya...tapi dimalam hari bini mu sibuk berjoget hindustan dipentas....hahaha.....
Kerana mu Rosmah....ku tunda pilihanraya : Bisik hati Najib....hahaha....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan