Pengikut

Rabu, 14 November 2012

Ma'al Hijrah 1434 : R & R Bukit Gantang UMNO mula bergaduh

Sebut R & R Bukit Gantang  tentu ramai penguna lebuhraya utara-selatan akan terbayang hentian rehat dan rawat, R&R Bukit Gantang memang agak popular dikalangan penguna lebuhraya sebab keistimewaan kawasan rehat yang banyak menjual buah-buahan tempatan dan harganya boleh tahan....( idak le mahal sangat....hahaha...).

Tapi R & R yang aku maksudkan disini ialah Rosli dan Rosli (R&R)dua nama yang hebat bergaduh di Parlimen Bukit Gantang,tiada kena mengena dengan R&R dilebuhraya pun...hahaha....

Nampak gaya seakan kuat kedengaran isu calon PRU 13 Barisan Nasional khususnya UMNO Bukit Gantang sudah hebat bergaduh untuk naikan nama masing-masing.

 Banner dan poster dua Rosli di Bukit Gantang mula bergaduh... Kempen bermula – kami mahu mereka dari bahagian kami – ka
mi tidak terima calon payung terjun.

 Kedengaran suara Kami mahu mereka yang tahu kawasan kami dan kami akan menolak mereka yang dipilih menjadi calon semata-mata kerana baik dengan pucuk pimpinan, inilah suasana dalaman UMNO Bukit Gantang sekarang.

 Sentimen ini berkeliaran dalam UMNO Bukit Gantang,sungguhpun Presiden UMNO Najib sudah mengatakan bahawa mereka harus terima calon jangka menang yang dipilih oleh pucuk pimpinan...tapi jenis melawan tokey dalam UMNO memang ramai...hahaha...

 Bagi puak-puak dari kroni, ukuran menang adalah calon yang boleh mendatangkan untung buat kroni – itu yang penting.

 Rosli Husin Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang dilihat sekarang makin dipinggirkan,khabarnya orang2 dalam pejabatnya sendiri ramai yang memboikotnya.
Mereka kata YB Rosli Husin ( ADUN Terong) sudah tua dan tak boleh buat kerja politik. Maka sekarang muncul sorang lagi Rosli yang dikatakan akan mencantas Rosli.... R & R dah mula bergaduh....hahaha... Kemelut ini sudah wujud dan benar–benar sudah dapat dilihat oleh penduduk Bukit Gantang. Rosli & Rosli mula berperang naik-kan banner masing2, sorang naik banner sana,sorang lagi pun naik juga kat sini....hahaha.. Orang2 yang nak jadi calon UMNO Bahagian Bukit Gantang nampaknya semakin ghairah bila hampir dengan pilihan raya dan semakin bergelora. Adakah UMNO Bukit Gantang akan terus bergolak hingga sewaktu pengumuman calon jangka menang oleh Presiden UMNO...? Gambar: Bukti R&R UMNO Bukit Gantang mula bergaduh.... Wajah mereka pun tidak boleh bersatu dalam dalam satu banner..masing2 nak tonjok-kan diri sendiri je....hehehe....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan