Pengikut

Selasa, 13 November 2012

Rumah Pegawai Kanan Kerajaan terbakar 3 beranak dan pembantu rumah terbunuh

TAIPING - Tiga sekeluarga bersama seorang pembantu rumah maut dalam kebakaran di Assam Kumbang di sini selepas pulang bercuti selama dua hari.

Kejadian kira-kira jam 12 tengah malam tadi itu, Mohd Hakimi Zubair, 40; isterinya, Leila Sahak, 40; anak bongsu, Ahmad Faris Mohd Hakimi, 3, dan pembantu rumah, Rizki, 40, meninggal dunia dipercayai selepas terperangkap dan lemas akibat asap tebal.

Hakimi merupakan seorang akauntan dengan Royal Bank of Scotland di Kuala Lumpur manakala isterinya pakar IT.

Kesemua mereka yang terkorban berada di tingkat atas rumah itu ketika kejadian berlaku sebelum dipercayai lemas akibat asap yang tebal.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping Hasna Rashid  berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kebakaran di No 299, Lorong 2, Jalan Dato Seri Ahmad, Taman Pegawai Kanan Kerajaan di Assam Kumbang di sini pada 12.24 tengah malam.

"Empat mangsa yang berada di tingkat atas maut dipercayai akibat lemas. Seorang mangsa ditemui di pintu keluar menuju ke balkoni rumah manakala tiga mangsa yang lain  ditemui di bilik tidur utama. Ketika pihak kami tiba, rumah itu sudah 50 peratus terbakar.

Kebakaran berlaku bermula di bahagian tingkat atas rumah," katanya.

Jenazah 3 beranak telah selamat di kebumikan sebelum zohor ditanah perkuburan islam Tekah.

Menurut sumber jenazah pembantu rumah, Rizki, akan dihantar ke Indonesia untuk dikebumikan oleh keluarganya disana.

Turut hadir YDP PAS Taiping Ust Mohd Fakharuddin Abd Aziz dan ADUN  Aulong YB Yeow dan memberi sumbangan kepada haji Zubair.
Ust Mohd Fakharuddin turut  melawat rumah Haji Zubair yang terbakar siang tadi (Gambar kecil)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan