Semarak-kan kebajikan hulur pada yang memerlukan ini

Semarak-kan kebajikan hulur pada yang memerlukan ini

Pengikut

Ahad, 13 Januari 2013

AMARAN KEPADA UMNO BN: Tipu PRU,Rakyat Bangkit Humban Kamu..!!!! - DSAI

12hb Januari 2013 – Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) #112KL aku tengok memberi banyak kesimpulan untuk politik Malaysia. 

Hakikat sebenarnya menunjukkan himpunan ini adalah himpunan rakyat terbesar bagi penyokong Pakatan Rakyat sebelum menghadapi PRU yang sangat hampir dan macam biasa UMNO BN berusaha menipu rakyat dengan mengatakan  jumlah kehadiran  himpunan tersebut sangat kecil serta yang paling ketara ialah mengatakan  HKR dengan panggilan Himpunan Shamsidar.


Semua ini menunjuk-kan kerisauan tahap melampau,kritikal dan nazak dipihak UMNO BN amat ketara sekali dengan kelancaran dan kejayaan HKR. 

Sifat Media Massa yang dikuasai UMNO BN yang memutar belit keadaan sebenar (HKR) dengan menyiarkan berita-berita palsu sebenar-nya sudah muak bagi rakyat mendengar dan mempercayainya.

Semakin kuat Media Massa menipu maka semakin kuat kebencian rakyat terhadap UMNO BN. 

Jesteru itu aku berpendapat bahawa kata ucapan  Datuk Seri Anwar Ibrahim di HKR yang menyentuh kata-kata yang tertera disehelai banner didalam Stadium Merdeka yang berbunyi " AMARAN: Tipu PRU, Rakyat Bangkit Humban Kamu" tidak di-hiraukan UMNO BN,kerana memang sifat menipu itu sudah sebati dengan UMNO BN sejak sekian lama. 

Menyentuh  Deklarasi HKR #112KL yang baca oleh semua yang membanjiri Stadium Merdeka pada HKR yang menyenaraikan 10 tuntutan sememang-nya sudah tidak di hiraukan dan terus langgar oleh UMNO BN.

Media  yang bebas dan telus yang dituntut dalam deklarasi terus di langgar Media Massa UMNO BN tak sampai 24jam di baca oleh peserta HKR. Dikelentong jumlah yang hadir serta di ubah nama perhimpunan kepada nama yang tiada kaitan langsung dengan HKR.

UMNO BN sebenarnya sudah lama dihayun-hayun oleh rakyat untuk dihumban...seperti perbuatan orang nak buang sampah kedalam tong sampah...1...2...tunggu angka 3 saja lagi untuk dihumban kedalam tong sampah, begitulah keadaan-nya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan