Pengikut

Isnin, 14 Januari 2013

Najib Perdana Menteri Pertama ucap "Terima Kasih" kepada Peserta HKR#112KL

"Terima kasih kepada pembangkang walaupun saya tak bersetuju dengan mereka, kerana telah menghormati semangat Akta itu," - itu kata-kata Najib pada majlis perasmian persidangan transformasi perundangan berhubung dengan keselamatan dan hak asasi di sini hari ini. - Bernama.

Walaupun ayat kenyataan Najib nampak berlapik dengan konon-nya disebabkan pembangkang menghormati semangat Akta,namun tersirat maksud lain sebenarnya.

Tidak pernah-pernah keluar dari mulut  seorang Perdana Menteri Malaysia dari UMNO mengucapkan penghargaan "Terima Kasih" kepada pembangkang tapi kali ini Najib dilihat akur dengan kemampuan Pakatan Rakyat yang berjaya melaksanakan sebuah himpunan terbesar di Stadium Negara.

Sebenar-nya kejayaan Pakatan Rakyat mengadakan siri-siri himpunan bukan ini kali pertama,sedah banyak kali dianjurkan dan semua-nya berjaya dilaksanakan. Namun disebabkan provokasi jahat arahan UMNO BN sendiri yang menyebabkan segalanya nampak huru-hara.

Kejadian baling kasut,baling batu,simbah cat dan sebagai-nya semua berlaku didalam perhimpunan atau program Pakatan Rakyat disabitkan oleh UMNO BN sendiri.

Tiada dalam lipatan sejarah politik anggota atau penyokong Pakatan Rakyat membuat kacau didalam program UMNO BN. Sebaliknya hanya UMNO BN dilihat yang melakukan.

Sekarang Najib sudah sedar,sudah akur dan sudah yakin bahawa Pakatan Rakyat mampu melaksanakan sebarang perhimpunan besar dan sebagai-nya untuk kebaikan negara.

Bayangan UMNO BN menjadi pembangkang selepas PRU 13 seperti dijangka awal oleh Presiden UMNO sendiri.

Mengenai ucapan "Terima Kasih" Najib...Ucapaan balas "Terima Kasih Kembali" atau "Sama-sama" terpulang kepada rakyat yang datang menjayakan Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Ada sesiapa nak ucap "Sama-sama Najib"..??



Tiada ulasan:

Catat Ulasan