Pengikut

Khamis, 17 Januari 2013

Jom..!!!! Datin Seri Rosmah jemput ke rumah untuk periksa cincin-nya

Isu Cincin: Sumpah kerana Allah... tapi rambut terjojol kerana siapa..??

KUALA LUMPUR, 17 Jan - - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah membuat kejutan besar sebesar gumpalan rambut-nya yang terjojol di hadapan balu-balu tentera  pada majlis Makan Malam Meraikan Balu Tentera dan perasmian Persatuan Peniaga-Peniaga Bekas Tentera di Kementerian Pertahanan Malaysia malam tadi apabila beliau dengan beraninya telah bersumpah kerana Allah swt yang beliau tidak mempunyai cincin berlian seperti yang didakwa pihak pembangkang.

"Saya berani sumpah... Saya berani sumpah waallah saya tidak ada cincin itu di tangan saya langsung" - Ujar Rosmah dengan berani-nya...haha..

Mungkin sudah tidak sanggup menanggung tomahan serta fitnah setiap hari berkaitan kemasukan cincin bernilai RM24 juta ke Malaysia yang dikatakan milik beliau.

“Tak kisahlah apa mereka nak cakap…biarlah mereka nak buat dosa maka biarlah mereka buat dosa…kita ni sabar sahajalah.

“Selagi saya boleh sabar saya akan sabar…saya tahu agenda mereka yang utama adalah untukk menyerang saya Rosmah dari pelbagai sudut dan isu cincin ada antaranya.

“Jangan nanti bila kita balik, ada pula dengar yang saya ada cincin berjuta-juta harganya maka anda percaya.

“Kalau saya ada cincin itu, mari saya jemput anda datang ke rumah saya dan lihat sendiri cincin itu…tetapi masalahnya saya tak ada cincin itu. 

“Sebab itu saya berani bersumpah…kita tak buat salah kenapa kita nak takut tegakkan kebenaran…kenapa kita nak takut bersihkan nama kita,” katanya selepas melafazkan sumpah berkenaan.

Justeru, beliau berharap masyarakat tidak mempercayai sepenuhnya segala cerita-cerita buruk berkaitan dirinya sebaliknya Rosmah mohon di-siasat sama ada perkara itu benar atau tidak.

“Jadi mereka ini memang suka buat fitnah…kalau ada apa-apa soalan tentang diri saya boleh datang dan tanya pada saya terus.“Jangan dengar cerita dari mulut orang seperti mereka ini,” katanya. 

Sesiapa yang nak periksa cincin Rosmah....silalah kerumah-nya...hahaha.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan