Pengikut

Rabu, 20 Februari 2013

11 kampung Bantah Projek Zambry Kadir


IPOH - Sekumpulan Orang Asli mewakili 11 kampung di Jalan Pahang-Tapah berkumpul di perkarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, semalam bagi menyerahkan memorandum bantahan terhadap projek talian penghantaran elektrik 275KV oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.


Melalui memorandum tersebut, beberapa perkara dibangkitkan dan dituntut kumpulan berkenaan bagi memastikan hak Orang Asli tidak diceroboh.

Mewakili penduduk di 11 kampung terbabit, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Orang Asli Jalan Pahang-Tapah, Ayob Panjang berkata, pemasangan talian berkenaan bermula dari Pencawang Masuk Utama (PMU) Ulu Jelai ke PMU Tapah, Daerah Batang Padang, turut membabitkan tanah adat Orang Asli.

"Pemasangan yang merentasi tanah adat Orang Asli itu akan memberi kesan kepada penduduk di kawasan berkenaan.

"Pelaksanaan projek itu akan memusnahkan tanaman penjana ekonomi seperti getah, durian, petai dan lain-lain yang menjadi sumber pendapatan kami. Ia akan menjejaskan ekonomi kami," katanya ketika ditemui, semalam.

Tambah Ayob, selain kerosakan tanaman, penduduk juga akan kehilangan sumber bahan binaan yang lazimnya diambil di kawasan penempatan mereka.

"Bukan itu sahaja. Tanah adak kami mempunyai tapak sejarah serta kubur nenek moyang kami, selain menjadi tempat penting untuk mengamalkan upacara keagamaan dan kebudayaan.

"Jika ia diceroboh, maka akan lenyaplah sejarah dan identiti kami sebagai komuniti Orang Asli setempat," katanya.- SH


......................................
Orangni: Walaupun Zambry baru-baru mengharap kasihan belas orang-orang asli dengan menyogok "Handphone free" kepada Tok-Tok Batin seluruh perak...nampaknya itu tidak memadai...haha....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan